BERITA TERKINI   Projek tenaga boleh baharu yang dirancang menerusi program LSS dan CRESS dijangka menambah sekitar 10,000 hingga 11,000 MW kapasiti menjelang 2030 -- PETRA | PETRA, Suruhanjaya Tenaga teliti cadangan pelarasan bahan api automatik berperingkat bagi 2027, pastikan agihan kos bahan api lebih saksama | Penggunaan air bagi pusat data di Selangor, Johor dan Negeri Sembilan diunjur mencecah 445.04 juta liter sehari menjelang 2030 --PETRA | Margin rizab elektrik bagi tempoh 2027 hingga 2035 diunjurkan pada paras 24 hingga 27 peratus berdasarkan mesyuarat JPPPET pada 11 November lepas -- PETRA. | Kerajaan ambil pendekatan tadbir urus berfokus pastikan rakyat dilindungi seiring perubahan industri, pekerjaan susulan perkembangan AI - Fahmi  | 

Kerajaan MADANI Kekal Komited Laksana Reformasi, Pelihara Kestabilan Ekonomi -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan MADANI kekal iltizam melaksanakan reformasi serta mengambil langkah proaktif memelihara kestabilan ekonomi dan menjamin bekalan bahan api walaupun dunia terus diasak kemelut geopolitik dan cabaran ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Anwar berkata reformasi itu telah membuahkan hasil dengan negara mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan pada 5.5 peratus bagi suku ketiga 2026. 

Ini menjadikan pertumbuhan bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini mencecah 5.6 peratus, berbanding 4.8 peratus bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Ad Banner
Ad Banner

"Prestasi ini meletakkan Malaysia di landasan untuk mencatat pertumbuhan melebihi lima peratus bagi tahun ketiga berturut-turut, sekali gus menyediakan asas yang lebih kukuh untuk mengangkat darjat dan harkat rakyat terbanyak.

"Kendatipun dunia terus diasak kemelut geopolitik dan cabaran ekonomi, kerajaan MADANI tidak berganjak daripada iltizam reformasi, di samping mengambil langkah proaktif untuk memelihara kestabilan ekonomi dan menjamin bekalan bahan api tatkala krisis Asia Barat melanda," kata beliau menerusi hantaran di media sosialnya hari ini. 

Anwar berkata Belanjawan 2027 meneruskan tekad untuk menaikkan siling pertumbuhan dan mengangkat lantai kehidupan rakyat melalui bantuan yang diperkukuh, pengurangan cukai pendapatan bagi golongan yang layak serta penambahbaikan perkhidmatan awam.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Ikhtiar ini akan terus diperkasa agar setiap kemajuan ekonomi membawa makna kepada kesejahteraan rakyat, berpaksikan prinsip keadilan, ihsan dan kemanusiaan,” kata beliau.

-- BERNAMA