BERITA TERKINI   Pindaan Akta MARA di peringkat akhir, dijangka dibentang di Dewan Rakyat sebelum sidang berakhir tahun ini - Ahmad Zahid | ICJ putuskan Myanmar bertanggungjawab lakukan genosid semasa operasi ketenteraan di utara Negeri Rakhine | Kerjasama dalam sektor mineral dengan Perancis bertujuan bangunkan rantaian nilai mampan, bukan serahkan eksklusif unsur nadir bumi negara kepada mana-mana pihak - Sim | MITI kaji cadangan tambah baik perjanjian pelaburan Malaysia-Taiwan - Sim | 

Untung Bersih Suku Pertama Hume Cement Bagi Tahun Kewangan 2027 Naik Kepada RM64.36 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Hume Cement Industries Bhd meningkat kepada RM64.36 juta pada suku pertama berakhir 30 Sept, 2026 (suku pertama tahun kewangan 2027) daripada RM61.21 juta dalam suku sama tahun sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu memaklumkan hasil meningkat kepada RM296.04 juta daripada RM290.06 juta, terutamanya disebabkan harga jualan simen yang lebih tinggi.

Mengenai prospek, persekitaran pasaran kekal tidak menentu berikutan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat dan ketidaktentuan ekonomi global, yang terus memberi tekanan kepada harga tenaga dan kos input, menurut syarikat itu.

Ad Banner
Ad Banner

“Kumpulan kekal fokus kepada pengoptimuman kos dan kecekapan operasi, di samping memperluas penawaran produknya bagi memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berkembang.

“Permintaan domestik dijangka disokong oleh perbelanjaan pembangunan yang berterusan dan projek-projek infrastruktur yang sedang dilaksanakan,” tambahnya.

Lembaga pengarah turut menjangkakan prestasi kumpulan bagi tahun kewangan itu akan selari dengan keadaan pasaran, kecuali jika berlaku sebarang keadaan yang di luar jangka.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Sehubungan itu, lembaga pengarah mengisytiharkan dividen interim satu peringkat sebanyak 7.0 sen sesaham bagi suku berakhir 30 Sept, 2026 untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2027 yang akan dibayar pada 16 Dis, 2026 kepada pemegang saham biasa yang namanya tercatat dalam rekod pendeposit pada 3 Dis, 2026.

-- BERNAMA