Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Sejajar Dengan Prestasi Lemah COMEX
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, seiring dengan prestasi lebih lemah di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta November 2026 susut kepada US$3,731.3 setiap auns troy daripada US$3,782.9 ketika ditutup pada Rabu, manakala Disember 2026 turun kepada US$3,746.3 setiap auns troy daripada US$3,798.1 dan Januari 2027 merosot kepada US$3,747.4 setiap auns troy daripada US$3,799.20.
Kontrak Februari 2027, April 2027 dan Jun 2027 masing-masing turun kepada US$3,775.3 setiap auns troy daripada US$3,827.1 sebelumnya.
Jumlah dagangan susut kepada 185 lot daripada 229 lot ketika ditutup semalam, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 249 kontrak daripada 299 kontrak sebelum ini.
Harga emas fizikal berada pada US$3,759.35 setiap auns troy berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market Association pada 18 Nov, 2026.
-- BERNAMA