Shin Yang Peroleh Kontrak Bernilai RM316 Juta Untuk Siapkan Dua Kapal Agensi Maritim

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Shin Yang Group Bhd telah dianugerahkan kontrak bernilai RM316 juta oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menyiapkan baki kerja bagi kapal peronda luar pesisir 2 dan 3 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu menyatakan bahawa anak syarikat milik penuhnya, Shin Yang Shipyard Sdn Bhd telah menerima surat anugerah bertarikh 28 September, 2026, dengan kontrak tersebut dimeterai pada 6 Oktober, 2026.

“Di bawah kontrak ini, Shin Yang Shipyard akan bertindak sebagai kontraktor penyelamat yang bertanggungjawab untuk menyiapkan baki kerja bagi kedua-dua kapal tersebut.

Ad Banner
Ad Banner

“Kapal-kapal ini dibina khusus untuk melaksanakan rondaan sempadan jarak jauh, pengawasan zon ekonomi eksklusif serta operasi mencari dan menyelamat,” menurut kenyataan itu.

Projek ini bermula pada 15 Oktober, 2026 dan dijadual siap menjelang 14 Oktober, 2029.

“Projek berkenaan dijangka menyumbang secara positif kepada perolehan dan aset bersih kumpulan sepanjang tempoh kontrak tersebut.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Shin Yang akan membuat pengumuman sewajarnya kepada Bursa Malaysia sekiranya terdapat perkembangan material lanjut mengenai perkara ini,” menurut syarikat itu.

-- BERNAMA