BERITA TERKINI   Onn Hafiz zahir penghargaan kepada PM Anwar, Kerajaan Persekutuan atas peruntukan RM4.86 bilion kepada Johor menerusi RMK13 | Belanjawan Johor 2027: Penjawat awam Johor terima insentif khas dua bulan setengah gaji - Onn Hafiz | 654 projek Reformasi Kerenah Birokrasi siap, menjana penjimatan kos pematuhan RM3.71 bilion setakat 30 Okt - MITI | Belanjawan Johor 2027: Pengamal media terima manfaat Bantuan Kasih Johor RM1,000 seorang -- Onn Hafiz | Johor bentang Belanjawan 2027 berjumlah RM3.07 bilion, unjuran lebihan RM2.33 juta | 

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Kekurangan Minat Belian

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis berikutan minat belian yang terhad susulan ketiadaan sokongan belian yang kukuh dalam keadaan prestasi bercampur-campur Wall Street.

Pada 9.18 pagi, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.92 mata kepada 1,559.81 daripada paras 1,566.73 ketika ditutup pada Rabu.

Ad Banner
Ad Banner

Indeks penanda aras itu dibuka 6.26 mata lebih rendah pada 1,560.47.

Sentimen pasaran secara meluas adalah negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 243 berbanding 159. Sebanyak 245 kaunter tidak berubah, manakala 2,175 kaunter tidak diniagakan dan 14 digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 475.73 juta unit bernilai RM254.04 juta.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI susut ke paras sekitar 1,565 mata berikutan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati.

“Sentimen pasaran masih belum kukuh dengan minat belian yang terhad. Namun begitu, kami melihat terdapat aliran masuk bersih dana asing sejak dua hari lepas,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB masing-masing susut dua sen kepada RM9.90 dan RM7.01. Tenaga Nasional dan IHH Healthcare masing-masing merosot empat sen kepada RM12.54 dan RM7.88, manakala Public Bank menokok satu sen kepada RM4.51.

Bagi saham paling aktif, BIG Caring Group dan MYDCD masing-masing meningkat satu sen kepada RM1.09 dan 59 sen. CBH Engineering menambah 2.5 sen kepada 66 sen, MMAG Holdings susut setengah sen kepada 1.5 sen, manakala Zetrix AI tidak berubah pada 5.5 sen.

Dalam kalangan saham paling untung, Hong Leong Industries meningkat 64 sen kepada RM16.94, Dutch Lady menambah 50 sen kepada RM28.58, Cnergenz naik lapan sen kepada RM1.13, QES Group meningkat 6.5 sen kepada 64 sen dan Cepatwawasan menokok enam sen kepada 79.5 sen.

Chin Teck Plantations menerajui senarai saham paling rugi apabila susut 46 sen kepada RM9.74. United Plantations turun 34 sen kepada RM31.30, Malaysian Pacific Industries merosot 24 sen kepada RM36.16, Kuala Lumpur Kepong susut 14 sen kepada RM20.66, manakala Sunway Construction Group turun 11 sen kepada RM7.43.

Dalam kalangan indeks, Indeks FBM Emas turun 37.47 mata kepada 11,566.73, Indeks FBM Top 100 susut 38.60 mata kepada 11,406.36 dan Indeks FBM ACE merosot 4.04 mata kepada 4,890.84.

Indeks FBM Emas Syariah susut 47.68 mata kepada 11,508.93, manakala Indeks FBM Mid 70 susut 5.60 mata kepada 16,548.80.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 31.27 mata kepada 18,323.72, Indeks Perladangan merosot 72.85 mata kepada 8,657.42, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.45 mata kepada 164.77, manakala Indeks Tenaga turun 1.03 mata kepada 768.10.

-- BERNAMA