Niaga Hadapan KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini.
Pada 9.41 pagi, kontrak November 2026 dan Disember 2026 masing-masing susut 15.5 mata kepada 1,548.5 dan 1,550.0.
Kontrak Mac 2027 merosot 17.0 mata kepada 1,530.0, manakala Jun 2027 turun 15.0 mata kepada 1,534.0.
Jumlah dagangan sebanyak 3,555 lot, manakala kepentingan terbuka berjumlah 39,105 kontrak.
Selepas 50 minit dagangan, FBM KLCI susut 8.86 mata kepada 1,557.87 daripada paras 1,566.73 ketika ditutup pada Rabu.
-- BERNAMA