BERITA TERKINI   Hubungan diplomatik baik, hasil kerja teliti Wisma Putra antara faktor Malaysia dipilih anggotai semula Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) - Fahmi | Inflasi Malaysia meningkat kepada 1.9 peratus pada Oktober 2026 daripada 1.8 peratus pada September 2026 -- DOSM | Onn Hafiz zahir penghargaan kepada PM Anwar, Kerajaan Persekutuan atas peruntukan RM4.86 bilion kepada Johor menerusi RMK13 | Belanjawan Johor 2027: Penjawat awam Johor terima insentif khas dua bulan setengah gaji - Onn Hafiz | 654 projek Reformasi Kerenah Birokrasi siap, menjana penjimatan kos pematuhan RM3.71 bilion setakat 30 Okt - MITI | 

Kerajaan Rangka Penambahbaikan Mekanisme Insentif EV

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Kerajaan sedang merangka penambahbaikan mekanisme insentif kenderaan elektrik (EV) bagi memastikan pemberiannya selaras dengan sasaran Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin berkata penambahbaikan itu bukan sahaja memberi penekanan kepada penyertaan vendor tempatan, pemindahan teknologi dan pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi, malah turut menjadikan pencapaian serta penggalakan eksport antara kriteria utama dan syarat prestasi bagi pemberian insentif EV.

“Dalam mekanisma penetapan insentif sedia ada, kerajaan telah mensyaratkan pelabur untuk melaksanakan penyetempatan (localisation) dengan menggunakan sumber tempatan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau menjawab soalan Rodziah Ismail (PH-Ampang) yang ingin tahu mengenai kesediaan kerajaan menjadikan pencapaian nilai tambah domestik seperti pemindahan teknologi, pekerjaan berkemahiran tinggi, vendor tempatan dan eksport sebagai syarat prestasi insentif EV bukan sekadar komitmen pelaburan.

Ia susulan perubahan rancangan BYD yang tidak lagi meneruskan cadangan membina kilang pemasangan sendiri sebaliknya beralih kepada pemasangan melalui rakan tempatan.

Sim berkata matlamat utama kerajaan adalah untuk memastikan Malaysia bukan sekadar menjadi pasaran pengguna EV tetapi turut memperoleh manfaat jangka panjang melalui pembangunan keupayaan teknologi, pengukuhan rantaian bekalan dan vendor tempatan, pewujudan pekerjaan berkualiti serta peningkatan eksport sejajar dengan sasaran NAP 2020 dan NIMP 2030.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA