BERITA TERKINI   Inflasi Malaysia meningkat kepada 1.9 peratus pada Oktober 2026 daripada 1.8 peratus pada September 2026 -- DOSM | Onn Hafiz zahir penghargaan kepada PM Anwar, Kerajaan Persekutuan atas peruntukan RM4.86 bilion kepada Johor menerusi RMK13 | Belanjawan Johor 2027: Penjawat awam Johor terima insentif khas dua bulan setengah gaji - Onn Hafiz | 654 projek Reformasi Kerenah Birokrasi siap, menjana penjimatan kos pematuhan RM3.71 bilion setakat 30 Okt - MITI | Belanjawan Johor 2027: Pengamal media terima manfaat Bantuan Kasih Johor RM1,000 seorang -- Onn Hafiz | 

Reformasi Kerenah Birokrasi Jimat Kos Pematuhan RM3.71 Bilion Setakat 30 Okt

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Sebanyak 1,703 projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) telah didaftarkan dengan 654 projek selesai dilaksanakan serta penjimatan kos pematuhan berjumlah RM3.71 bilion, setakat 30 Okt 2026.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin berkata usaha RKB bertujuan mengurangkan kos pematuhan, memendekkan tempoh kelulusan dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

“Kerajaan komited meningkatkan produktiviti ekonomi dan pekerja melalui pendekatan keseluruhan kerajaan dengan memperkukuh kerjasama antara kementerian, agensi, kerajaan negeri dan sektor swasta.

Ad Banner
Ad Banner

“Usaha ini memberi tumpuan kepada peningkatan kecekapan perniagaan, pengurangan beban kawal selia,pembangunan kemahiran pekerja serta penggunaan teknologi bagi mewujudkan ekonomi yang lebih produktif dan berdaya saing,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak) mengenai usaha kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan produktiviti ekonomi dan pekerja seluruh Malaysia.

Sim berkata bagi meningkatkan produktiviti di peringkat firma dan pekerja, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri melalui Perbadanan Produktiviti Malaysia melaksanakan Program Peningkatan Produktiviti melalui Pemerkasaan Pekerjaan dan Transformasi Industri (PPTI).

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Terdapat dua program, iaitu pendidikan tidak formal satu dan akademi dalam industri. Kedua-duanya berjaya melahirkan pekerja yang lebih mahir, meningkatkan produktiviti dan potensi untuk mendapat pendapatan yang lebih tinggi, dan sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing,” katanya. 

Beliau berkata kerajaan akan terus memastikan pertumbuhan produktiviti ini diterjemahkan kepada peningkatan pendapatan pekerja dan kesejahteraan rakyat, selaras dengan sasaran Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).

-- BERNAMA