BERITA TERKINI   Hubungan diplomatik baik, hasil kerja teliti Wisma Putra antara faktor Malaysia dipilih anggotai semula Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) - Fahmi | Inflasi Malaysia meningkat kepada 1.9 peratus pada Oktober 2026 daripada 1.8 peratus pada September 2026 -- DOSM | Onn Hafiz zahir penghargaan kepada PM Anwar, Kerajaan Persekutuan atas peruntukan RM4.86 bilion kepada Johor menerusi RMK13 | Belanjawan Johor 2027: Penjawat awam Johor terima insentif khas dua bulan setengah gaji - Onn Hafiz | 654 projek Reformasi Kerenah Birokrasi siap, menjana penjimatan kos pematuhan RM3.71 bilion setakat 30 Okt - MITI | 

Untung Bersih Sunway Healthcare Naik Kepada Rm95.17 Juta Pada Suku Ketiga Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Sunway Healthcare Holdings Bhd (Sunway Healthcare) meningkat kepada RM95.17 juta pada suku ketiga berakhir pada 30 September 2026 (S3 TK2026) daripada RM59.69 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas. 

Pendapatan meningkat sebanyak 24 peratus kepada RM737.44 juta pada suku tersebut berbanding RM593.12 juta sebelumnya, didorong terutamanya oleh sumbangan segmen operasi hospital yang lebih tinggi. 

“Segmen operasi hospital merekodkan perolehan sebanyak RM723.1 juta pada suku semasa,  berbanding RM577.9 juta pada suku yang sama pada tahun kewangan sebelumnya, yang mewakili peningkatan sebanyak 25 peratus. 

Ad Banner
Ad Banner

“Pertumbuhan itu terutamanya disebabkan oleh jumlah pesakit yang lebih tinggi merentasi semua hospital kumpulan itu, selain peningkatan hasil sumbangan daripada Sunway Medical Centre Ipoh, Damansara, Velocity dan Pulau Pinang,” menurut syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia. 

Sunway Healthcare juga menyatakan bahawa pendapatan yang disumbangkan oleh pesakit asing meningkat sebanyak dua peratus kepada RM91.2 juta, berbanding RM89.4 juta pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya, didorong terutamanya oleh peningkatan kemasukan pesakit dari Indonesia, China dan Kemboja.

Secara keseluruhan, kadar penggunaan katil kumpulan itu bagi suku semasa adalah 77 peratus berbanding 71 peratus pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Pada suku ketiga tahun kewangan 2026, kemasukan pesakit dalam bagi segmen operasi hospital meningkat sebanyak 21 peratus kepada 36,541, manakala purata pendapatan bagi setiap kemasukan pesakit dalam meningkat sebanyak lima peratus,” menurut  Sunway Healthcare.

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2026, keuntungan bersih meningkat kepada RM206.65 juta daripada RM139.83 juta pada tempoh yang sama tahun lepas, manakala perolehan naik kepada RM1.99 bilion berbanding RM1.58 bilion sebelumnya. 

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Sunway Healthcare memaklumkan bahawa kumpulan itu kekal positif terhadap prospeknya bagi tahun kewangan 2026 dan seterusnya, disokong oleh asas permintaan penjagaan kesihatan jangka panjang yang menggalakkan, keupayaan klinikalnya yang semakin berkembang, dan kematangan secara berperingkat rangkaian hospitalnya.

“Peningkatan berterusan dalam aktiviti pesakit dan keuntungan operasi sepanjang tempoh sembilan bulan pertama tahun kewangan 2026 menyediakan asas yang kukuh bagi pertumbuhan berterusan, dengan peluang tambahan yang muncul daripada penggunaan kapasiti yang lebih tinggi, selain peningkatan sumbangan daripada semua hospital baharunya,” jelas syarikat itu.

-- BERNAMA