BERITA TERKINI   Liga Super: Negeri Sembilan FC 0-2 Kuching City FC | 

Unit PIE Industrial Raih Pesanan Bernilai US$99.82 Juta Bagi Pemasangan Produk Berkaitan Pelayan AI

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- PIE Industrial Bhd (PIE) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Pan-International Electronics (Malaysia) Sdn Bhd (PIEM) memperoleh pesanan pembelian bernilai US$99.82 juta (US$1=RM4.11) bagi pemasangan produk berkaitan pelayan kecerdasan buatan (AI) yang digunakan di pusat data.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, menurut syarikat pembuatan elektronik itu, PIEM telah menerima pesanan pembelian yang disahkan daripada pelanggan baharu iaitu sebuah syarikat multinasional asing yang terlibat terutamanya dalam industri pelayan AI.

“Pesanan itu dijangka dipenuhi secara berperingkat sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2026 dan tahun kewangan 2027.

Ad Banner
Ad Banner

“Pesanan yang diperoleh itu dijangka menyumbang secara positif kepada hasil disatukan kumpulan bagi tahun kewangan 2026 dan tahun kewangan 2027,” jelasnya.

Bagaimanapun, PIE Industrial memaklumkan pesanan itu dijangka mencatatkan margin keuntungan kasar yang agak rendah dan sewajarnya, sumbangannya kepada keuntungan kasar serta pendapatan kumpulan dijangka minimum berbanding sumbangannya kepada perolehan.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner