Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari, Indeks Komposit Naik 1.20 Peratus
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari ini, dengan indeks penanda aras meningkat 1.20 peratus, didorong oleh aktiviti belian dalam saham-saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor perkhidmatan kewangan serta sektor produk dan perkhidmatan pengguna.
Pada pukul 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 18.88 mata atau 1.20 peratus kepada 1,581.17 daripada 1,562.29 ketika ditutup pada Rabu.
Indeks utama dibuka tinggi 0.86 mata kepada 1,563.15 dan bergerak antara 1,563.15 dan 1,584.96 pada sesi dagangan pagi.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 479 berbanding 365 manakala 377 kaunter tidak berubah, 1,648 tidak diniagakan dan 141 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 1.33 bilion unit bernilai RM1.09 bilion.
Public Bank naik sembilan sen kepada RM4.64, CIMB meningkat 15 sen kepada RM7.27 dan 99 Speed Mart Retail menokok 17 sen kepada RM3.29.
Kaunter-kaunter ini melonjakkan indeks komposit dengan gabungan sumbangan 8.47 mata.
Hong Leong Investment Bank Bhd dalam satu nota penyelidikan memaklumkan bahawa ia menjangka FBM KLCI akan terus menunjukkan pergerakan tidak menentu, sebarang kenaikan harga susulan keadaan terlebih jual dijangka berdepan rintangan kuat pada paras 1,570–1,600, seiring dengan turun naik pasaran Wall Street khususnya melibatkan saham-saham kecerdasan buatan (AI).
“Sentimen pasaran kekal dipengaruhi oleh pendirian tegas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) untuk menaikkan kadar faedah, sekatan lebih ketat oleh AS terhadap eksport cip kecerdasan buatan (AI) dan pembangunan pusat data, ancaman tarif baharu, musim pelaporan pendapatan bulan November tidak sekata serta aliran keluar dana asing yang berterusan.
“Bagaimanapun, aktiviti memperelok akaun akhir tahun boleh menampan risiko penurunan,” menurut kenyataan itu.
Menurut bank itu, mengikut rekod sebelum ini, FBM KLCI telah mencatatkan pulangan positif pada bulan Disember dalam 16 daripada 17 tahun lepas sejak Krisis Kewangan Global, mencatatkan kadar 94 peratus dengan purata keuntungan bulanan sebanyak 2.2 peratus yang menunjukkan potensi dorongan bermusim signifikan.
Antara saham wajaran tinggi, Maybank menambah 10 sen kepada RM10.26, Tenaga Nasional naik 14 sen kepada RM12.56, IHH Healthcare meningkat satu sen kepada RM7.90 dan Press Metal Aluminium menokok 11 sen kepada RM6.40.
Bagi saham aktif, NexG Bina dan ACE Market debutant Yes Group Management yang baru disenaraikan di Pasaran ACE susut setengah sen masing-masing kepada 3.5 sen dan 17.5 sen, Dagang NeXchange dan Tanco meningkat 0.5 sen masing-masing kepada 42.5 sen dan 15 sen, manakala Big Caring menokok tiga sen kepada RM1.18.
Saham paling untung menyaksikan Nestle naik RM1.38 kepada RM95.50, Batu Kawan meningkat RM1.00 kepada RM20.00, Fraser & Neave menokok 46 sen kepada RM19.90, Kuala Lumpur Kepong melonjak 42 sen kepada RM21.48 dan Petronas Dagangan menambah 32 sen kepada RM19.54.
Bagi saham paling rugi, BLD Plantation turun 46 sen kepada RM13.82. Dutch Lady Milk Industries merosot 26 sen kepada RM27.00, Keck Seng berkurangan 15 sen kepada RM4.52, MN Holdings menguncup 12 sen kepada RM2.59 dan Guan Chong merosot 11 sen kepada RM1.68.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 117.91 mata kepada 11,599.83, Indeks FBMT 100 meningkat 120.57 mata kepada 11,454.03, Indeks FBM ACE menokok 5.78 mata kepada 4,644.67, Indeks FBM Emas Syariah melonjak 92.82 mata kepada 11,388.20 dan Indeks FBM 70 menambah 101.56 mata kepada 16,162.05.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 242.37 mata kepada 18,792.82, Indeks Perladangan menambah 91.99 mata kepada 8,795.82, Indeks Tenaga meningkat 9.27 mata kepada 744.87 dan Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan melonjak 1.01 mata kepada 159.96.
-- BERNAMA