BERITA TERKINI   Talian East-West Link yang menghubungkan Kolupis di Pantai Barat dan Segaliud di Pantai Timur berjaya disambung semula - CEO Sabah Electricity | Pembinaan menara ERS di Ranau siap petang ini, pemulihan bekalan elektrik ke Pantai Timur Sabah sedang dilakukan - Hajiji | 

Affin Islamic Yakin Capai Sasaran 2027 Walaupun OPR Berpotensi Naik

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Affin Islamic Bank Bhd, anak syarikat milik penuh Affin Bank Bhd, menjangkakan dapat mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun depan meskipun berdepan ketidaktentuan kadar faedah global, termasuk kemungkinan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Paduka Syed Mashafuddin Syed Badarudin berkata bank itu sentiasa memantau perkembangan kadar faedah global serta potensi kesannya terhadap operasi perniagaan.

“Kami sedang membuat persiapan bagi tahun depan dan yakin dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan serta dikongsikan dengan pemegang saham,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Affin Islamic dengan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini hari ini.

Ad Banner

Ahli ekonomi menjangkakan BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus daripada 2.75 peratus pada 2027, dengan beberapa pihak menjangkakan kenaikan itu seawal suku pertama tahun depan.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner