BERITA TERKINI   Fasa pertama kerja mendirikan menara sementara Emergency Restoration System (ERS) di Ranau selesai 6.28 petang - Sabah Electricity | Bantuan wang ihsan RM500 diberikan secara sekali bayar kepada 1,205 petani dan 2,440 nelayan Perlis - MB Abu Bakar | Tahap pelaksanaan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara capai 84 peratus - Ahmad Zahid | Bantuan Khas Kewangan RM1,500 diberikan kepada penjawat awam Perlis termasuk kakitangan kontrak - MB Abu Bakar | Bantuan khas RM300 diberikan kepada setiap pengamal media Perlis libatkan seramai 40 orang - MB Abu Bakar | 

Pelan Induk JS-SEZ Dalam Penyelarasan Akhir, Bakal Dilancarkan Awal Tahun 2027

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Persiapan bagi pelancaran Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) kini memasuki fasa penyelarasan akhir antara Malaysia dan Singapura dan pelan itu dijangka dilancarkan pada awal tahun depan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata langkah itu bagi memastikan pelaksanaannya dapat berjalan dengan lancar dan teratur. 

Katanya perkembangan JS-SEZ juga akan menjadi antara agenda penting yang dibincangkan dalam Pemukiman Pemimpin Tahunan Malaysia-Singapura yang dijadualkan berlangsung pada minggu depan. 

Ad Banner

Beliau berkata inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua negara untuk memperkukuh kerjasama ekonomi, merancakkan aktiviti pelaburan serta mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi dan pekerjaan berkualiti yang dapat memberi manfaat kepada rakyat.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner