BERITA TERKINI   Fasa pertama kerja mendirikan menara sementara Emergency Restoration System (ERS) di Ranau selesai 6.28 petang - Sabah Electricity | Bantuan wang ihsan RM500 diberikan secara sekali bayar kepada 1,205 petani dan 2,440 nelayan Perlis - MB Abu Bakar | Tahap pelaksanaan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara capai 84 peratus - Ahmad Zahid | Bantuan Khas Kewangan RM1,500 diberikan kepada penjawat awam Perlis termasuk kakitangan kontrak - MB Abu Bakar | Bantuan khas RM300 diberikan kepada setiap pengamal media Perlis libatkan seramai 40 orang - MB Abu Bakar | 

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Sentimen Berhati-hati, Risiko Geopolitik

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) – Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini mencerminkan sentimen pasaran yang berhati-hati di tengah-tengah konflik yang sedang berlaku di Asia Barat, kata seorang ahli ekonomi.

Pada 6 petang, mata wang tempatan menyusut kepada 4.1190/1230 berbanding dolar AS, daripada paras penutup 4.1135/1170 pada Khamis.

Ad Banner

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata konflik ketenteraan di Asia Barat terus menjejaskan bekalan bahan api dari rantau tersebut.

Beliau berkata harga minyak mentah Brent meningkat susulan serangan terhadap kilang penapisan minyak Arab Saudi di wilayah selatan Jazan, yang menyebabkan sebahagian operasi kemudahan tersebut terhenti buat sementara waktu.

“Selain itu, terdapat kebimbangan mengenai pendekatan dasar yang tegas dan agresif oleh kongres dan juga pentadbiran Amerika Syarikat (AS) terhadap China,” katanya kepada Bernama.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata pasaran telahpun mengambil kira sepenuhnya kenaikan 25 mata asas dalam Kadar Dana Persekutuan AS pada mesyuarat Rizab Persekutuan Disember depan, yang menambahkan lagi tinjauan berhati-hati dalam pasaran.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan menyusut berbanding euro kepada 4.5148/5192 daripada 4.5133/5177 pada Khamis, turun berbanding pound British kepada 5.4062/4114 daripada 5.3924/3976, namun naik sedikit berbanding yen Jepun kepada 2.5821/5848 daripada 2.5834/5860.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.

Unit tempatan menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.1940/1974 daripada 3.1878/1911 pada Khamis, berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 224.7/2245.0 daripada 224.0/224.3, turun berbanding baht Thailand kepada 12.1497/1665 daripada 12.0712/0875, namun naik sedikit berbanding peso Filipina kepada 6.46/6.47 daripada 6.45/6.46.

-- BERNAMA