BERITA TERKINI   Fasa pertama kerja mendirikan menara sementara Emergency Restoration System (ERS) di Ranau selesai 6.28 petang - Sabah Electricity | Bantuan wang ihsan RM500 diberikan secara sekali bayar kepada 1,205 petani dan 2,440 nelayan Perlis - MB Abu Bakar | Tahap pelaksanaan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara capai 84 peratus - Ahmad Zahid | Bantuan Khas Kewangan RM1,500 diberikan kepada penjawat awam Perlis termasuk kakitangan kontrak - MB Abu Bakar | Bantuan khas RM300 diberikan kepada setiap pengamal media Perlis libatkan seramai 40 orang - MB Abu Bakar | 

Grab Malaysia Mahu Model Bayaran Servis Kekal, Pendapatan Pemandu Boleh Naik Lebih Lima Peratus

PETALING JAYA, 27 Nov (Bernama) -- Grab Malaysia sedang bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan agensinya iaitu Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi melaksanakan model Bayaran Servis Grab (GSF) secara kekal.

Hal ini selepas percubaan pelaksanaan model berkenaan menunjukkan pemandu yang menyertainya memperoleh pendapatan tinggi lebih lima peratus.

Pengarah Eksekutifnya Rashid Shukor berkata Grab Malaysia telah menyaksikan keputusan positif yang konsisten berdasarkan data sejak konsep itu diperkenalkan pada Ogos 2024.

Ad Banner

“Kami berharap model ini dapat dilaksanakan secara kekal dan kami juga menyaksikan pengalaman pelanggan yang lebih baik berikutan pengurangan pembatalan tempahan.

“Buat masa ini, konsep ini dilaksanakan secara pilihan iaitu pemandu boleh memilih untuk menyertainya. Oleh itu, kami sedang bekerjasama rapat dengan MOT dan APAD untuk mendapatkan kelulusan bagi pelaksanaan GSF ini kerana kami mahu ia memberi manfaat kepada semua pihak,” menurutnya.

Beliau berkata demikian pada sesi meja bulat bersama media bertajuk “Di Sebalik Peratusan: Mengimbangi Pendapatan dan Perkhidmatan Perjalanan yang Boleh Diharapkan untuk Rakyat Malaysia” di sini hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Dengan menggantikan komisen tetap kepada GSF yang berubah-ubah, struktur pendapatan ini mengambil kira usaha tambahan pemandu untuk mengambil penumpang di lokasi yang lebih jauh selain mengekalkan tambang penumpang pada kadar sedia ada.

Menurut Rashid, lebih 170,000 rakan pemandu Grab Malaysia telah menikmati peningkatan pendapatan selepas memilih untuk menggunakan struktur pendapatan baharu platform itu yang membayar rakan pemandu berdasarkan jarak dan masa perjalanan untuk mengambil penumpang sebaik sahaja tempahan diterima.

“Ini mencerminkan tumpuan syarikat untuk menyediakan peluang pendapatan yang stabil dan mampan kepada rakan pemandu sambil memastikan perkhidmatan perjalanan kekal boleh dipercayai dan mampu dinikmati oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Menjawab soalan sama ada Grab Malaysia merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan kenderaan pandu sendiri, Rashid menyatakan penyedia perkhidmatan e-panggilan itu sedang meneroka idea berkenaan di sini, namun ia masih berada pada peringkat awal.

“Ia masih berada pada peringkat yang terlalu awal dan kami sekadar mahu belajar daripada perkembangan yang berlaku di Singapura juga,” katanya.

Dilaporkan bahawa Grab telah mula mengoperasikan perkhidmatan kenderaan pandu sendiri yang dijenamakan sebagai Autonomously Intelligent Ride di Punggol, Singapura.

Operasi awam bermula pada 1 April, 2026 susulan ujian percubaan terdahulu dan Grab telah mengumumkan peluasan perkhidmatan daripada kenderaan ulang-alik laluan tetap kepada perjalanan terus berdasarkan permintaan.

-- BERNAMA