BERITA TERKINI   PRN Sarawak: 29 kerusi menang tanpa bertanding catat rekod tertinggi, atasi 19 kerusi pada 1996 - Pengerusi SPR | PRN Sarawak: Lebih 632,000 pengundi di 29 DUN menang tanpa bertanding tidak perlu keluar mengundi - Pengerusi SPR | PRN Sarawak: 168 calon disahkan bertanding di 53 DUN, GPS menang 29 kerusi tanpa bertanding - Pengerusi SPR | Semua yang terlibat kes seludup dadah guna aset TUDM akan dikesan sehingga ke lubang cacing - Mohamed Khaled | MINDEF beri laluan kepada PDRM lakukan siasatan menyeluruh, pastikan dalang kes seludup dadah guna aset TUDM diberkas - Mohamed Khaled | 

Niaga Hadapan Emas Jejaki Prestasi COMEX AS Menjelang Data Gaji AS

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka dipengaruhi oleh pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS) dalam beberapa hari akan datang, menjelang pengumuman data senarai gaji bukan pertanian (NFP) AS untuk November 2026 pada penghujung minggu depan.

Laporan NFP ini mempengaruhi jangkaan inflasi dan harga emas, terutamanya dengan membentuk sentimen pasaran berhubung pertumbuhan ekonomi serta keputusan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS. 

Data pekerjaan AS yang lebih kukuh akan menunjukkan daya tahan ekonomi AS yang mungkin mendorong Fed AS untuk mengekalkan pendirian dasar monetari lebih ketat.

Ad Banner

Keadaan ini boleh memberi tekanan ke atas harga emas memandangkan jangkaan bahawa penurunan kadar faedah berkurangan, sekali gus mengurangkan daya tarikan logam berharga tersebut.

Sebaliknya, data pekerjaan AS lebih lemah akan menunjukkan pasaran buruh yang semakin perlahan, yang mungkin mengukuhkan jangkaan penurunan kadar faedah dan menjadikan emas lebih menarik bagi para pelabur.

Bagi asas mingguan, kontrak November 2026 susut kepada US$3,571.50 setiap auns troy daripada US$3,574.90, kontrak Disember 2026 mengukuh kepada US$3,693.40 setiap auns troy daripada US$3,589.90 dan Januari 2027 naik kepada US$3,694.50 daripada US$3,591.00.

Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, Februari 2027, April 2027 dan Jun 2027 meningkat kepada US$3,722.40 setiap auns troy daripada US$3,618.90 seminggu sebelumnya.

Jumlah dagangan mingguan melonjak kepada 959 lot berbanding 926 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 193 kontrak daripada 417.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$3,578.90 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association pada 26 November, 2026.

-- BERNAMA