10jam ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Selasa dengan mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa ketika sentimen pelabur kekal berwaspada menjelang mesyuarat dasar Rizab Persekutuan (Fed) AS pada minggu depan, kata penganalisis.
14jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd melancarkan Kad Kredit-i Awwal yang menawarkan akses kepada pembiayaan secara lebih telus, mampu milik dan berhemat yang berlandaskan prinsip Syariah.
19jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama pada Selasa walaupun dolar AS juga mengukuh, disokong oleh inflasi domestik yang menyederhana dan jangkaan normalisasi Kadar Dasar Semalaman (OPR).
1hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh data terkini ekonomi Malaysia, walaupun menyusut berbanding dolar AS.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama pada Isnin selepas anggaran awal pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2026 mencatatkan pertumbuhan lebih kukuh daripada jangkaan iaitu 5.3 peratus.
3hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar AS dengan kecenderungan meningkat minggu depan antara RM4.07 hingga RM4.09 berikutan anggaran awal pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2026 lebih tinggi daripada jangkaan.
4hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia berada di landasan untuk mengatasi unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4.8 hingga 5.3 peratus bagi 2026, susulan pengembangan ekonomi sebanyak 5.5 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, kata ahli ekonomi.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan faktor luaran, termasuk jangkaan dasar monetari Amerika Syarikat (AS) yang ketat, mengimbangi sokongan daripada dolar AS yang lemah.
5hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS yang semakin menyusut pada Khamis berikutan pelabur menilai keadaan pasaran menjelang pengumuman anggaran awal pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2026 esok.
5hari ago
Oleh Muhammaf Fawwaz Thaqif Nor Afandi and Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis susulan pengumuman data inflasi AS yang lebih tinggi daripada jangkaan dan mengukuhkan lagi unjuran kemungkinan Rizab Persekutuan AS (Fed) menaikkan kadar faedah utama, sekali gus menyokong pengukuhan mata wang dolar.
6hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu apabila penerimaan minat risiko pelabur bertambah baik menjelang pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) dengan sentimen disokong oleh pembentangan Belanjawan 2027 pada minggu lepas.
6hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi dan Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong oleh penurunan Indeks Dolar AS (DXY) ketika para pelabur menilai semula prospek kadar faedah AS susulan petunjuk bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS mungkin mengambil pendirian dasar monetari yang kurang agresif.