29minit ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- KLCCP Stapled Group mencatatkan keuntungan bersih RM203.87 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 berbanding RM209.12 juta dalam tempoh sama tahun lepas.
51minit ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila pelabur kekal berhati-hati susulan jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan pendirian dasar monetari yang ketat pada mesyuarat bulan depan.
59minit ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- AirAsia Group Bhd mencatatkan kerugian bersih RM175.11 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 terutamanya disebabkan harga bahan api jet yang lebih tinggi akibat ketegangan geopolitik yang meningkat susulan konflik di Asia Barat.
1jam ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, Nov 23 (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin apabila aktiviti penjualan berterusan dalam kaunter wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam sektor utiliti terus menjejaskan sentimen pasaran.
2jam ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, menjejaki penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau serta penurunan harga minyak mentah penanda aras, kata seorang peniaga.
3jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- SCGM Bhd hari ini menyelesaikan pelan regularisasinya susulan penyenaraian dan sebut harga 569.70 juta saham baharu di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.
3jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- EMPG Group Bhd (EMPG Group) dijangka meraih kira-kira RM34.05 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Secutiries Bhd (Bursa Malaysia) yang dijadualkan pada 21 Disember 2026.
4jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Pengilang tempatan digesa untuk beralih kepada pembuatan yang lebih kompleks serta rangkaian produk lebih canggih bagi menjana nilai tambah lebih besar yang dapat memperkukuh daya saing jangka panjang mereka.
4jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi kepada RM2.74 bilion bagi suku ketiga (S3) berakhir 30 Sept, 2026 daripada RM2.62 bilion pada suku sama tahun lepas.
5jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- SkyeChip Bhd tidak menjangkakan Peraturan Akhir Interim (IFR) yang dikeluarkan Biro Industri dan Keselamatan (BIS) di bawah Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) akan memberi sebarang kesan material terhadap hasil atau prestasi kewangan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2027.
6jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada sesi dagangan pagi ini berikutan penjualan berterusan saham berkaitan teknologi di peringkat global terus menjejaskan sentimen pasaran.
6jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Kutipan hasil cukai di bawah Cukai Minimum Global atau Global Minimum Tax (GMT) hanya akan diperoleh selepas Jun 2027, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.