BERITA TERKINI   Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 dikesan 88 kilometer utara Sandakan pada 10.30 malam - METMalaysia | ACL2: Phnom Penh Crown 2-1 Kuching City | Proklamasi mengenai kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan tidak sah kerana tidak patuh kehendak mandatori Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri - AGC | Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan tiada kuasa unilateral tamat atau kosongkan jawatan Yang Dipertuan Besar - AGC | 

Terdapat 22 berita berdasarkan kata kunci carian " kadar faedah as "

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini berikutan penurunan semalaman di Wall Street didorong oleh harga minyak yang tinggi, hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang meningkat dan kenaikan kadar faedah AS yang mengekang pelabur terhadap aset berisiko. 

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS Didorong Data Ekonomi AS Lebih Kukuh

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Jumaat, dipengaruhi oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh daripada jangkaan, sekali gus menyokong dolar AS.

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berbanding Dolar AS Ketika Konflik Asia Barat Berlarutan

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS pada Selasa berikutan pelabur terus berhati-hati susulan konflik yang berlarutan di Asia Barat, yang terus mendorong kenaikan harga minyak mentah dan menyokong mata wang unit negara maju.

Ringgit Ditutup Rendah, Pasaran Pantau Hala Tuju Kadar Faedah AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, ketika pasaran terus memantau hala tuju kadar faedah AS menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 15 dan 16 Sept ini.

Ringgit Dibuka Rendah Berikutan Peningkatan Harga Minyak, Kadar Faedah Fed AS

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan kenaikan harga minyak mentah Brent yang meningkatkan kebimbangan inflasi, sekali gus mendorong jangkaan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Tumpuan Kini Kepada Keputusan Kadar Faedah AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 1 Sept  (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini ekoran prestasi lemah di Bursa Komoditi (COMEX) Amerika Syarikat (AS), di tengah-tengah jangkaan yang semakin meningkat terhadap kenaikan kadar faedah AS.

Ringgit Dijangka Terus Mendapat Sokongan Pada Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Ringgit dijangka terus mendapat sokongan minggu depan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada 3 September, dengan bank pusat diunjur mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Ringgit Kukuh Berbanding Mata Wang Utama, Tidak Banyak Berubah Daripada Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid & Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama tetapi tidak banyak berubah berbanding dolar AS pada Selasa berikutan jangkaan bahawa kemungkinan untuk kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dinaikkan pada September semakin rendah, kata ahli ekonomi.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Sekitar US$4,250 Hingga US$4,350 Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka meneruskan kenaikan pada minggu depan, disokong oleh harga emas semerta yang lebih kukuh dan diunjurkan mencecah antara US$4,250 hingga US$4,350 setiap auns troy selain menjejaki prestasi emas di Bursa Komoditi (Comex) Amerika Syarikat (AS).

Ringgit Dijangka Dalam Julat 4.07-4.09 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat 4.07 hingga 4.09 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan dengan sentimen pasaran dipengaruhi oleh pengumuman data ekonomi AS dan implikasi terhadap prospek kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS.

Ringgit Dijangka Diniaga pada RM4.08-RM4.10 Berbanding Dolar AS Minggu Depan Menjelang Keputusan Fed

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM4.08 hingga RM4.10 berbanding dolar AS minggu depan berikutan pendekatan berhati-hati menjelang peristiwa penting di dalam dan luar negara seperti keputusan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Jumaat, seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah dan penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.