Terdapat 188 berita berdasarkan kata kunci carian " konflik"

Risiko Luaran, Politik Antara Cabaran Ekonomi Malaysia Pada 2027 - Pakar Ekonomi

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka berdepan risiko luaran pada 2027 terutama ketidaktentuan geopolitik, dasar perlindungan perdagangan Amerika Syarikat (AS) serta kadar faedah yang tinggi di negara-negara maju, kata pakar ekonomi.

Harga MSM Boleh Kembali Kepada RM5,000 Setan Menjelang Suku Pertama 2027 – Thomas Mielke

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) boleh kembali ke paras RM5,000 setiap tan seawal suku pertama 2027, didorong oleh potensi gangguan kepada pasaran minyak bunga matahari dan perkembangan sekitar konflik Rusia-Ukraine, kata seorang penganalisis.

IILM Terima Permintaan Tinggi Bagi Terbitan Semula Sukuk Jangka Pendek US$1.31 Bilion

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa (IILM) mengumpul sebanyak US$1.31 bilion melalui terbitan semula sukuk jangka pendek, dengan menerima tempahan berjumlah kira-kira US$2.33 bilion dalam keadaan pasaran bon global yang tidak menentu.

Impak Konflik Asia Barat Ke Atas Kewangan Malaysia Masih Terkawal -- BNM

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Implikasi daripada konflik di Asia Barat yang mengganggu bekalan komoditi global dan laluan perdagangan strategik ke atas kestabilan kewangan Malaysia masih terkawal, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Kedudukan Kewangan Isi Rumah Kekal Berdaya Tahan Hadapi Risiko Asia Barat -- BNM

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menyifatkan kedudukan kewangan isi rumah secara amnya kekal berdaya tahan, disokong oleh keadaan pasaran tenaga kerja Malaysia yang stabil.

Biodiesel B15 Jimat Penggunaan Diesel Petroleum Sebanyak 23.62 Juta Liter Sebulan

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Pelaksanaan adunan biodiesel B15 berjaya menjimatkan secara purata 23.62 juta liter diesel berasaskan petroleum sebulan bagi tempoh Jun hingga Ogos.  

Malaysia Perlu Pelan Perniagaan Lima Tahun Untuk Kembalikan F1 - Presiden FIA

Oleh Siti Radziah Hamzah

SEPANG, 5 Okt (Bernama) -- Malaysia masih berpeluang untuk kembali ke kalendar Formula One (F1), namun usaha itu perlu disokong rancangan perniagaan sekurang-kurangnya lima tahun yang merangkumi aspek pembiayaan, promosi dan logistik, kata Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) Mohammed Ben Sulayem.

FIA Bersedia Hadapi Gangguan Geopolitik - Ben Sulayem

Oleh Siti Radziah Hamzah

SEPANG, 4 Okt (Bernama) -- Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) perlu bersedia menghadapi gangguan tidak dijangka termasuk ketidakstabilan geopolitik melalui pengurusan dan penilaian risiko, kata Presidennya Mohammed Ben Sulayem.

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Lebih Tinggi Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka mengalami ketidaktentuan dari segi penawaran dan permintaan pada minggu hadapan, dengan harga berkemungkinan meningkat sebelum stabil, ia banyak bergantung pada keadaan cuaca, kata pakar industri Denis Low.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Selepas Aktiviti Pembuatan Merancak

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi hari ini selepas disokong oleh aktiviti pembuatan di Eropah dan Asia mula merancak, kata seorang peniaga.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Susulan Permintaan Lemah China, Kebimbangan Bekalan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis berikutan permintaan yang lemah dari China walaupun kebimbangan terhadap gangguan bekalan memberikan sokongan kepada harga, kata peniaga.

Permintaan Kargo Udara Global Meningkat 4.4 Peratus Pada Ogos 2026 - IATA

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Jumlah permintaan kargo udara global, diukur dalam tan kargo bagi setiap kilometer (CTK), naik sebanyak 4.4 peratus pada Ogos 2026 berbanding Ogos 2025, dengan operasi antarabangsa mencatatkan peningkatan sebanyak 5.3 peratus, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).