BERITA TERKINI   PM Anwar mahu peserta MADANI Fellowship kuasai ilmu, fahami isu secara menyeluruh dan manfaatkan peluang sepanjang program | PM Anwar cadang peserta MADANI Fellowship diberi peluang ikuti pendedahan di kementerian lain sepanjang tempoh empat bulan program | Negara memerlukan generasi muda miliki kekuatan semangat, kefahaman dan ilmu untuk memacu pembangunan negara — PM Anwar | Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke IJN semalam untuk pemerhatian - Mokhzani | Mahkamah: Bekas Pengarah Besar FELDA Datuk Faizoull Ahmad mengaku tidak bersalah tuduhan memperdaya surat kuasa wakil bagi tukar hak milik 16 bidang tanah di Jalan Semarak | 

Terdapat 117 berita berdasarkan kata kunci carian " minyak mentah brent "

Bursa Malaysia Teruskan Kenaikan, Dipacu Sektor Utiliti

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia meneruskan kenaikan pada tengah hari berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah ke atas saham wajaran tinggi terpilih, dipacu oleh saham utiliti, walaupun keluasan pasaran terus kekal negatif.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ditekan Lonjakan Hasil Bon, Harga Minyak

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih rendah apabila pasaran diasak tekanan jualan di tengah-tengah lonjakan hasil bon dan harga minyak yang menjejaskan minat risiko.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman berikutan kenaikan harga minyak mentah and hasil bon AS yang memberi tekanan kepada sentimen pasaran.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Lain

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kebanyakan mata wang utama pada Selasa, dengan risiko geopolitik yang meningkat terus menyokong kedudukan defensif.

OCBC Jangka Defisit Fiskal Malaysia Pada 3.6 Peratus Daripada KDNK Pada 2026, 2027

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Oversea-Chinese Banking Corporation Ltd (OCBC Bank) menjangkakan sedikit kelonggaran fiskal sebanyak 0.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi Malaysia pada 2026, dengan unjuran defisit fiskal negara itu berada pada paras 3.6 peratus KDNK berbanding sasaran belanjawan sebanyak 3.5 peratus.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan berikutan penurunan baru-baru ini walaupun hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan harga minyak meningkat.

Kenaikan Harga Minyak, Hasil Bon Dorong Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih rendah, diasak tekanan jualan sederhana yang berselang-seli dengan aktiviti pembelian ketika lonjakan harga minyak dan hasil bon global menjejaskan sentimen pelabur, kata penganalisis.

Pelaburan Dalam Sektor Huluan Petronas Sokong Prospek O&G Malaysia - RHB IB

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank (RHB IB) mengekalkan saranan 'overweight' terhadap sektor minyak dan gas (O&G) Malaysia, dengan pertumbuhan berterusan pelaburan huluan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengukuhkan lagi prospek positifnya.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Pelabur Ambil Untung Susulan Rundingan AS-Iran

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu apabila pelabur mengambil untung dalam beberapa saham wajaran tinggi terpilih, sekali gus mengurangkan kenaikan baru-baru ini di tengah-tengah rundingan berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Penurunan Harga Minyak

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, disokong penyusutan harga minyak mentah Brent serta perkembangan berkaitan geopolitik.

Niaga Hadapan MSM Terus Susut Susulan Harga Minyak Mentah Rendah 

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan penyusutan dengan ditutup rendah pada Selasa berikutan harga minyak mentah yang rendah menjejaskan sentimen pasaran.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Sentimen Berhati-Hati

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Selasa, dengan diniagakan dalam julat kecil berikutan pelabur terus berwaspada menjelang perkembangan geopolitik utama minggu ini.