1hari ago
GEORGE TOWN, 12 Ogos (Bernama) -- Perkhidmatan penerbangan terus Haikou-Penang akan dilancarkan pada 11 Okt ini, menjadikan Haikou sebagai bandar raya kesembilan di China yang mempunyai hubungan udara terus berjadual dengan Pulau Pinang, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Wong Hon Wai.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kerangka Penyenaraian Dwi tawaran awam permulaan (IPO) yang dimudahcara antara Malaysia dan Hong Kong akan berkuat kuasa pada September 2026, sekali gus memperkukuhkan lagi hubungan pasaran modal antara kedua-dua ekonomi.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd menaikkan unjuran harga minyak sawit mentah (MSM) bagi 2026 dan 2027, masing-masing sebanyak RM50 satu tan kepada RM4,450 satu tan dan RM4,550 satu tan berikutan risiko bekalan yang meningkat.
8hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu, disokong prospek permintaan kenderaan yang semakin baik, perkembangan positif sektor kenderaan elektrik (EV) serta keadaan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kekal stabil, kata seorang peniaga.
10hari ago
KUCHING, 3 Ogos (Bernama) -- Sarawak Energy Bhd (Sarawak Energy) mengumumkan pelantikan Datuk Ruslan Abdul Ghani sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) berkuat kuasa 1 September.
11hari ago
TAWAU, 2 Ogos (Bernama) -- Pelabuhan Tawau memperoleh dua kren dermaga (quay crane) baharu bernilai RM70 juta bagi mempertingkat kapasiti pengendalian kargo serta mengukuhkan kedudukannya sebagai pintu masuk maritim utama di Pantai Timur Sabah.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Jumaat berikutan kenaikan di Wall Street, didorong oleh pendapatan korporat Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan lonjakan dalam saham cip, diimbangi oleh kebimbangan geopolitik yang berpanjangan.
15hari ago
LABUAN, 29 Julai (Bernama) -- Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) hari ini secara rasminya memulakan perkhidmatan marinnya di Pelabuhan Labuan, disokong oleh pengambilalihan empat kapal tunda bernilai RM23 juta.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Sebarang serangan ke atas kapal tangki atau prasarana tenaga di Asia Barat berpotensi mengekalkan harga minyak mentah Brent melebihi US$100 setong, menurut OCBC Group Research.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Untung bersih Westports Holdings Bhd bagi suku kedua yang berakhir 30 Jun, 2026 meningkat kepada RM360.90 juta daripada RM231.63 juta pada suku yang sama tahun lepas.
22hari ago
KOTA KINABALU, 22 Julai (Bernama) -- Projek pembesaran Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar kini mencapai kemajuan 62.75 peratus setakat Jun lepas dan dijangka siap pada Oktober 2027 selepas pelaksanaannya tertangguh akibat kekangan mendapatkan bekalan pasir yang memenuhi spesifikasi projek.
22hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) – Harga minyak mentah berpotensi meningkat melebihi US$100 setong dan melonjak hingga US$120 berikutan kekangan bekalan yang kritikal sekiranya perang Amerika Syarikat (AS) dan Iran di Asia Barat berlarutan selama satu atau dua minggu lagi, demikian amaran oleh penganalisis kanan minyak mentah syarikat risikan pasaran Kpler, Muyu Xu.