Belanjawan 2027 Dibentang 3.30 Petang Jumaat Ini
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Pembentangan Belanjawan 2027 yang bakal dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, Jumaat ini, diawalkan kepada pukul 3.30 petang.
| BERITA TERKINI | Kerajaan lulus secara prinsip usul memperkasa Mahkamah Syariah, akan rujuk Majlis Raja-Raja- PM Anwar | Jangan sorok kes buli, salah laku disiplin semata-mata mahu menjaga nama baik sekolah - PM Anwar | Aspek pendidikan, keselamatan anak-anak di sekolah adalah tanggungjawab bersama ibu bapa dan warga pendidik - PM Anwar | PM Anwar mahu tindakan cepat dan tegas diambil terhadap sebarang kes yang mengancam keselamatan pelajar di sekolah | Malaysia negara pertama berjaya menghantar pulang tahanan Myanmar ke negara asal - PM Anwar | |
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Pembentangan Belanjawan 2027 yang bakal dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, Jumaat ini, diawalkan kepada pukul 3.30 petang.
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) mencadangkan had perbelanjaan yang layak di bawah Elaun Modal Automasi dinaikkan kepada RM100 juta serta potongan cukai sebanyak 200 peratus diberikan bagi perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang layak menerusi Belanjawan 2027.
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka mengukuh berbanding dolar AS minggu depan dan diniagakan dalam julat RM4.07-RM4.08 berikutan data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah berbanding jangkaan boleh menguatkan kemungkinan untuk Rizab Persekutuan AS (Fed) tidak menaikkan kadar faedah pada bulan ini.
Oleh Niam Seet Wei
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Mekanisme kredit cukai input bersasar untuk transaksi perniagaan ke perniagaan (B2B) perlu dipertimbangkan sekiranya ciri-ciri cukai barang dan perkhidmatan (GST) terpilih dimasukkan ke dalam rangka kerja cukai jualan dan perkhidmatan (SST), menurut KPMG Malaysia.
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin sebelum menurun dalam dagangan awal dalam persekitaran minat belian yang berterusan berikutan prestasi Wall Street yang kukuh dan ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang mereda, kata penganalisis.
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Piawaian Perakaunan Islam bagi Baitulmal, Zakat dan Wakaf (PPIBZW) dibangunkan bagi menyeragamkan pelaporan kewangan 14 Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), termasuk pengiktirafan transaksi zakat dan wakaf, kata Akauntan Negara Nasran Omar.
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangkakan hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) secara amnya kekal stabil dan mencatat pergerakan dalam julat kecil menjelang pengumuman data ekonomi penting pada minggu depan.
KUCHING, 16 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menyaksikan penyerahan rasmi Pelabuhan Bintulu daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sarawak, sekali gus menandakan lembaran baharu dalam pengurusan pelabuhan strategik itu.
PUTRAJAYA, 8 Sept (Bernama) -- Sokongan kepada pekebun kecil perlu bergerak seiring dengan usaha memperkukuh keseluruhan rantaian nilai agrikomoditi untuk memastikan pertumbuhan industri turut memberi manfaat kepada golongan itu, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
KOTA KINABALU, 4 Sept (Bernama) -- Meringankan tekanan kos sara hidup serta memperkukuh sokongan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) antara harapan pemain perniagaan dan penduduk Sabah menjelang pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Okt ini.
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) menjangkakan berdepan tekanan ketara terhadap prestasi kewangannya bagi tahun kewangan 2026 berikutan kenaikan berterusan harga bahan api.
PUTRAJAYA, 30 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan enam ikhtiar segera untuk rakyat merangkumi subsidi bahan api, penyelenggaraan sekolah, kecerdasan buatan (AI), pendigitalan kesihatan, e-Invois dan pembiayaan mikro yang akan berkuat kuasa 1 Sept ini.