BERITA TERKINI   UiTM disaran menubuhkan Jabatan Kuantum, pastikan negara mempunyai kepakaran mendepani kemajuan semasa - TPM Ahmad Zahid | GP Bahrain di Malaysia 2026 yang ditangguhkan akan bermula 4.33 petang - Formula 1 | Empat termasuk seorang bayi maut dalam kemalangan babitkan tiga kenderaan di Lebuhraya Timur Barat dari Kelantan ke Gerik - Bomba | Permulaan perlumbaan GP Bahrain di Malaysia 2026 ditangguhkan - Formula 1 | Sultan Brunei berangkat tiba di SIC untuk menyaksikan perlumbaan F1 Grand Prix Gulf Air Bahrain 2026 | 

Terdapat 13 berita berdasarkan kata kunci carian " seksyen 301"

Kenanga Tingkat Unjuran Pertumbuhan Eksport 2026 Kepada 28.5 Peratus, Jangka Cecah RM2 Trilion

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menaikkan unjuran pertumbuhan eksport Malaysia 2026 kepada 28.5 peratus (2025: 6.6 peratus) daripada 19.0 peratus sebelum ini, dengan nilai eksport dijangka melepasi paras RM2.0 trilion tahun ini.

AS Dijangka Umum Hasil Siasatan Lebihan Kapasiti Dalam Tempoh Empat Minggu - Johari

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) dijangka mengumumkan hasil siasatannya mengenai lebihan kapasiti melibatkan Malaysia dalam tempoh kira-kira tiga hingga empat minggu, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Apex Securities Tingkat Unjuran Eksport Malaysia 2026 Kepada 26.2 Peratus

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Apex Securities Bhd menaikkan unjuran eksport Malaysia bagi 2026 kepada 26.2 peratus daripada 16.3 peratus, disokong pertumbuhan eksport yang kukuh dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini. 

Malaysia Berada Pada Kedudukan Baik Untuk Tarik Aliran Pelaburan Pasif

Oleh Karina Imran & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Malaysia berpotensi menarik lebih banyak aliran masuk pelaburan pasif susulan peralihan global ke arah strategi pelaburan itu, sekiranya pelaksanaan dasar dan reformasi diteruskan secara konsisten, menurut peserta Simposium Sasana 2026.

Tarif AS: Kesan Jangka Pendek Terhad, Risiko Perdagangan Kekal Tinggi – OCBC

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Tarif baharu di bawah Seksyen 301 Amerika Syarikat (AS) dijangka memberi kesan terhad terhadap eksport ke negara itu dalam tempoh terdekat, disokong oleh pengecualian produk yang meluas serta kadar tarif efektif yang lebih rendah berbanding jangkaan awal.

Ringgit Dijangka Diniaga pada RM4.08-RM4.10 Berbanding Dolar AS Minggu Depan Menjelang Keputusan Fed

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM4.08 hingga RM4.10 berbanding dolar AS minggu depan berikutan pendekatan berhati-hati menjelang peristiwa penting di dalam dan luar negara seperti keputusan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

MITI Teruskan Libat Urus Dengan AS Susulan Tarif 10 Peratus Ke Atas Malaysia Berkaitan Buruh Paksa Mula Berkuat Kuasa

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan terus mengadakan libat urus dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif 10 peratus yang dikenakan ke atas eksport Malaysia susulan isu berkaitan buruh paksa, yang mula berkuat kuasa hari ini.

SAMENTA Gesa PKS Pelbagai Pasaran Eksport Susulan Tarif Baharu AS

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menggesa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) segera mempelbagaikan pasaran eksport bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pasaran tertentu, susulan pelaksanaan tarif import baharu Amerika Syarikat (AS) sebanyak 10 peratus.

Kerajaan Teruskan Rundingan Tarif Berkaitan Isu Buruh Paksa Dengan AS - PM Anwar

PORT DICKSON, 24 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif baharu berkaitan isu buruh paksa sekiranya keputusan yang diterima masih belum memuaskan.

Malaysia Berdepan Tarif 10 Peratus Di Bawah Seksyen 301 Baharu AS

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Malaysia, antara negara ASEAN yang dikenakan kadar duti terendah sebanyak 10 peratus di bawah tarif baharu Seksyen 301 Amerika Syarikat (AS) susulan kegagalan melaksanakan dan menguatkuasakan secara berkesan larangan import barangan yang dihasilkan menggunakan buruh paksa.

Malaysia Mungkin Ada Kelebihan Disebalik Cadangan Tarif Buruh Paksa AS - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Cadangan tarif 10 peratus ke atas barangan Malaysia di bawah langkah berkaitan buruh paksa Amerika Syarikat (AS) dijangka memberi kesan neutral terhadap prospek perdagangan, dengan negara ini berpotensi mendapat kelebihan berbanding pesaing serantau dengan tarif lebih tinggi, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

RHB Investment Bank Kekalkan Unjuran Pertumbuhan IPI 2026 Pada 4.9 Peratus

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd telah mengekalkan unjuran Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) 2026 pada 4.9 peratus dengan pertumbuhan tahun ini yang kukuh sebanyak 5.7 peratus menunjukkan potensi peningkatan kepada unjuran semasanya.