3jam ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhan dengan ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Khamis, selepas Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.
4jam ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus, selain petunjuk positif daripada Wall Street.
12jam ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki prestasi positif Wall Street dalam tempoh semalaman berikutan sentimen global yang bertambah baik dan kebimbangan geopolitik yang semakin reda telah meningkatkan keyakinan pelabur.
13jam ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Khamis menjelang pengumuman keputusan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM), dengan jangkaan kenaikan kadar faedah memberikan sokongan kepada mata wang tempatan.
1hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih sektor perbankan dan telekomunikasi walaupun pasaran secara menyeluruh bertambah baik susulan minat belian baharu terhadap saham teknologi bermodal kecil.
1hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, menjejaki kerugian dalam pasaran hadapan getah serantau dan tertekan oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar US, kata seorang peniaga.
2hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, seiring dengan penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
2hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Selasa susulan penarikan balik dalam perdagangan berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan pelaburan.
2hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, dipacu oleh aktiviti belian bagi saham-saham wajaran tinggi perbankan terpilih walaupun pasaran secara meluas suram susulan jualan saham teknologi.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia mencatatkan dagangan tidak menentu pada awal pembukaan, bergerak antara zon positif dan negatif sebelum meningkat, sejajar dengan prestasi bercampur-campur di Wall Street semalaman.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa didorong oleh tanda-tanda kemajuan dalam rundingan diplomatik antara Washington dan Tehran.
3hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini selepas terjejas oleh kejatuhan dalam harga minyak mentah dan kebimbangan terhadap lambakan inventori Malaysia.