BERITA TERKINI   SPR adakan mesyuarat khas 6 Nov ini untuk tetapkan tarikh penting PRN Sarawak | Seorang anggota APMM maut, tiga cedera dalam pelanggaran bot di perairan Kuala Perlis malam tadi - Pengarah Maritim Kedah dan Perlis | Kerajaan nafi dakwaan NGO Indonesia syarikat Malaysia terlibat aktiviti pembakaran hutan di negara itu - Noraini Ahmad | Seorang anggota APMM maut, dua lagi cedera semasa operasi di perairan Kuala Perlis malam tadi. -- Ketua Polis Daerah Kangar | Surat pemakluman pembubaran DUN Sarawak telah dihantar ke SPR hari ini - Speaker | 

Terdapat 44 berita berdasarkan kata kunci carian "pelaburan"

MIDA Gesa Strategi Pelaburan Terselaras Untuk Jadikan Borneo Hab Pelaburan

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelan tindakan Invest Borneo harus menumpukan kepada rantaian nilai bersama, menambah baik kemudahan menjalankan perniagaan merentasi sempadan serta mengutamakan realisasi pelaburan bagi memperkukuh kedudukan pulau itu sebagai hab pelaburan.

AHTV Catat Pelaburan Direalisasikan RM7 Bilion Bagi Tempoh 2018-2026

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, Perak mencatatkan pelaburan direalisasikan berjumlah RM7 bilion bagi tempoh 2018 hingga 2026, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin. 

Kerajaan Ambil Langkah Segera Perbaiki Tadbir Urus GLC, GLIC - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kerajaan mengambil langkah segera untuk memperbaiki tata kelola dan tadbir urus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), termasuk cadangan membentangkan rang undang-undang entiti milik kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

GEAR-uP Masih Ikut Jadual, Pelaburan Dijangka Meningkat Akhir Tahun Ini - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelaksanaan program GEAR-uP masih mengikut jadual, dengan pelaburan dijangka meningkat pada akhir tahun ini dan tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

ASEAN Perlu Perkukuh Keselamatan Tenaga, Percepat Pembangunan Grid Elektrik Serantau

Daripada Rosemarie Khoo Mohd Sani

SINGAPURA, 27 Okt (Bernama) -- Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) perlu mengukuhkan keselamatan tenaga, mempercepat kesalinghubungan elektrik serantau dan menggerakkan pelaburan dalam projek tenaga bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah dan meningkatkan daya tahan rantau ini.

Lufthansa Kembali Selepas Sedekad, Lancar Penerbangan Terus KL-Frankfurt

SEPANG, 26 Okt (Bernama) -- Lufthansa Airlines hari ini melancarkan semula perkhidmatan penerbangan terus yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Frankfurt, Jerman, sekali gus mengembalikan hubungan udara berkenaan selepas hampir sedekad.

Citaglobal Lupus Kepentingan 20 Peratus Dalam Manjaran Kepada BProperty Pada Harga RM50 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Citaglobal Bhd telah memeterai perjanjian bersyarat untuk melupuskan keseluruhan 20 peratus pegangannya dalam Manjaran Sdn Bhd kepada Berjaya Property Bhd (BProperty) dengan harga RM50 juta, yang akan dibayar penuh dalam saham BProperty.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Saham Wajaran Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin terjejas oleh aktiviti jualan dalam saham wajaran tinggi tertentu terutamanya sektor utiliti dan perbankan selain dipengaruhi prestasi yang lebih lemah di pasaran serantau.

Harga Minyak Mentah Brent Meningkat Susulan Serangan Houthi, Gangguan Perkapalan

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Harga minyak mentah Brent meningkat kepada US$117 (US$1=RM4.08) setong, didorong oleh peningkatan serangan Houthi terhadap infrastruktur Arab Saudi serta aliran minyak yang lebih perlahan melalui Selat Hormuz, menurut Rystad Energy.

Zon Ekonomi Sibu Perlukan Kesalinghubungan Udara, Infrastruktur Berteknologi Tinggi

SIBU, Okt 26 (Bernama) -- Menambah baik kesalinghubungan udara dan infrastruktur berteknologi tinggi perlu diutamakan di bawah cadangan Zon Ekonomi Sibu (SEZ) untuk menarik pelaburan, bakat berkemahiran dan industri bernilai tinggi ke bahagian tengah Sarawak, kata usahawan tempatan Dr Gregory Hii Sui Cheng.

Malaysia Berada Pada Kedudukan Baik Sebagai Hab Pusat Data Serantau - Moody’s Ratings

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan baik untuk melaksanakan peranan penting sebagai hab pusat data serantau sekiranya berupaya mengekalkan kelebihan daya saingnya, menurut Moody’s Ratings.

Hari Eksport Pahang Himpun Hampir 70 Usahawan, Syarikat PMKS

KUANTAN, 26 Okt (Bernama) -- Hari Eksport Pahang 2026 edisi kedua yang berlangsung hari ini berjaya menghimpunkan hampir 70 usahawan dan syarikat, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dari pelbagai sektor industri di negeri ini.