BERITA TERKINI   Empat maut dalam kemalangan melibatkan 11 kenderaan di KM110 Lebuhraya Pantai Timur 1 menghala Kuantan malam tadi - Bomba | 

Terdapat 657 berita berdasarkan kata kunci carian " jun"

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS Susulan Data Ekonomi AS Lemah

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong data ekonomi negara maju itu yang lemah daripada jangkaan sehingga memberi tekanan kepada mata wang berkenaan.

Eksport FIZ Cecah RM106.7 Bilion pada Separuh Pertama 2026 -- MITI

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Nilai eksport yang direkodkan di Zon Perindustrian Bebas (FIZ) telah mencecah RM106.7 bilion bagi tempoh Januari sehingga Jun 2026, mencerminkan momentum pertumbuhan yang kekal kukuh.

Prestasi ESG Syarikat Tersenarai Malaysia Meningkat, Skor FTSE4Good Cecah 8.8 Peratus

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Syarikat tersenarai Malaysia terus mencapai kemajuan yang mantap dalam prestasi alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) mereka, dengan purata wajaran FTSE4Good ESG Score merentas Pasaran Utama termasuk ACE meningkat 8.8 peratus antara Jun 2025 dan Jun 2026.

LHDN Berjaya Bangkitkan Taksiran Tambahan RM4.4 Bilion Sehingga 30 Jun 2026

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya membangkitkan taksiran tambahan berjumlah RM4.4 bilion sehingga 30 Jun 2026, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin.

Industri Acara Perniagaan Dijangka Jana Impak Ekonomi RM34.97 Bilion Menjelang 2030

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Industri acara perniagaan Malaysia diunjurkan menjana impak ekonomi terkumpul berjumlah RM34.97 bilion menjelang 2030 menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik yang sedang digerakkan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Untung Bersih Suku Pertama Hartalega Melonjak Kepada RM70.03 Juta

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Hartalega Holdings Bhd (Hartalega) bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2026 (S1 2026) meningkat kepada RM70.03 juta daripada RM12.61 juta setahun sebelumnya.

Pelaburan Syariah Semakin Diterima Ketika AI Bentuk Semula Landskap Pelaburan

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Pelaburan syariah semakin diterima apabila teknologi digital mengubah cara keputusan pelaburan dibuat manakala kecerdasan buatan (AI) mengubah segalanya daripada penyelidikan dan pembinaan portfolio kepada pengurusan risiko serta pelaksanaan dagangan.

Kerajaan Mempelbagai Akses Sumber Gas Bagi Perkukuh Keterjaminan Tenaga Negara 

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kerajaan mengutamakan keterjaminan tenaga negara dengan mempelbagaikan akses kepada sumber gas berskala besar yang berpotensi memperluaskan pilihan bekalan dan meningkatkan daya tahan keselamatan tenaga.

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Dijangka Melebihi 5.0 Peratus Pada 2026 - Penganalisis

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkemungkinan kembali mencatatkan pertumbuhan melebihi 5.0 peratus tahun ini, disokong oleh eksport yang kukuh dan perbelanjaan domestik yang berdaya tahan, menurut MBSB Investment Bank Bhd.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Apabila Hasil Perbendaharaan AS Meningkat

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Isnin, apabila mengalami tekanan susulan kenaikan hasil Perbendaharaan AS dan ketidaktentuan baharu mengenai hala tuju dasar monetari negara itu.

Lebih 14.2 Juta Individu Terima BUDI95 Dengan Penggunaan Lebih 13.4 Bilion Liter - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Lebih 14.2 juta daripada 16.7 juta individu yang menerima BUDI MADANI RON95 (BUDI95) telah menikmati subsidi berkenaan yang melibatkan penggunaan lebih 13.4 bilion liter, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Data Ekonomi Utama AS Dikeluarkan

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin menjelang data ekonomi utama AS dikeluarkan hari ini dalam ketegangan mereda di Asia Barat.