BERITA TERKINI   Usahawan automotif Bumiputera perlu tingkat keupayaan teknikal, jadi pembekal OEM tembus pasaran antarabangsa - TPM Ahmad Zahid | MATEC 2027 sasar jualan usahawan automotif Bumiputera cecah RM100 juta berbanding RM63.7 juta tahun ini - TPM Ahmad Zahid | Pembiayaan RM1 juta skim MARA Integrated Smart Auto perlu disalurkan kepada usahawan automotif berpotensi - TPM Ahmad Zahid | MARA perlu teroka peluang usaha sama dengan pengeluar utama, tingkat pemilikan Bumiputera dalam industri automotif - TPM Ahmad Zahid | Talian East-West Link yang menghubungkan Kolupis di Pantai Barat dan Segaliud di Pantai Timur berjaya disambung semula - CEO Sabah Electricity | 

Terdapat 930 berita berdasarkan kata kunci carian "st"

Empat Tahun Pentadbiran: Kerajaan MADANI Perkukuh Asas Ekonomi Negara – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan keyakinan yang tinggi bahawa Kerajaan MADANI berjaya membina asas yang lebih kukuh untuk Malaysia meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi dan kedudukan kewangan negara yang terbatas.

Keuntungan Bersih Suku Pertama Southern Score Lonjak Kepada RM32.81 Juta

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih suku pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun 2027 Southern Score Builders Bhd melonjak kepada RM32.81 juta berbanding RM15.02 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelum ini.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Lain Menjelang Mesyuarat FOMC

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Selasa ditengah-tengah pendekatan berhati-hati pelabur menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang dijadualkan pada 8-9 Disember 2026.

Kerajaan Perkenal Sistem Penandaan Digital Rokok Mulai 1 Jan 2027, Ganti Setem Cukai Fizikal

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan memperkenalkan sistem teknologi penandaan digital ke atas rokok bagi menggantikan penggunaan setem cukai fizikal berkuat kuasa 1 Jan, 2027, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong. 

Bursa Malaysia Meningkat Semula, Akhiri Penurunan Lima Hari Berturut-turut

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Selasa, mencatatkan peningkatan semula dan mengakhiri penurunan selama lima hari berturut-turut sejajar dengan sentimen positif di pasaran serantau susulan pelantikan semula Jensen Huang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia.

MOF Unjur Kutipan Cukai Langsung Bersih RM199 Bilion Tahun Depan -- LHDN

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 24 Nov (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) mengunjurkan kutipan cukai langsung bersih kira-kira RM199 bilion pada 2027 dengan pertumbuhan kutipan sekitar enam peratus setahun berdasarkan perkembangan ekonomi dan industri, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Petronas Perluas Keupayaan LNG Terapung Dengan Kemudahan Pinggir Pantai Pertama Dunia

Daripada Siti Radziah Hamzah

GEOJE ISLAND (Korea Selatan), 24 Nov (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang memperluas keupayaan kemudahan gas asli cecair terapung (FLNG) miliknya melalui kemudahan ketiga dan terbaharu, PFLNG Tiga.

Keluasan Kawasan Tanaman Koko Negara Cecah 6,939 Hektar Setakat September 2026

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) - Keluasan keseluruhan kawasan tanaman koko negara meningkat kepada 6,939 hektar susulan pencapaian tanaman baharu melebihi 400 hektar setakat September 2026, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Momentum IPO Malaysia Dijangka Kekal Positif Pada 2027, 49 Syarikat Kemuka Permohonan – Deloitte

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Prospek tawaran awam permulaan (IPO) di Malaysia kekal positif menjelang 2027, dengan sebanyak 49 syarikat telah mengemukakan permohonan kepada pihak berkuasa kawal selia, menurut Deloitte Malaysia.

Koridor Pembangunan Sabah Akan Laksana Kajian Separuh Penggal Pada Awal 2027

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Koridor Pembangunan Sabah (SDC) akan menjalankan kajian separuh penggal pada awal 2027 bagi memperkukuh pelaksanaan SDC Blueprint 2.0, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah.

Petronas Chemicals Kembali Untung Pada Suku Ketiga, Catat Untung Bersih RM179 Juta

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Petronas Chemicals Group Bhd kembali mencatatkan keuntungan pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 dengan keuntungan bersih sebanyak RM179 juta berbanding kerugian bersih RM289 juta pada suku sama tahun lepas.

Malaysia Berpotensi Jadi Hab Produk Bioteknologi Halal Global Menerusi HalalBio+

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) – Malaysia berpotensi berkembang sebagai hab pembangunan produk bioteknologi dan berasaskan bio yang memenuhi piawaian halal global menerusi pelaksanaan program Halal Bio Plus (HalalBio+) oleh Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation).