Terdapat 137 berita berdasarkan kata kunci carian " negeri"

Pembangunan Urban Forest Bernilai RM1 Bilion Pacu Pertumbuhan Ekonomi Perak

IPOH, 28 Ogos (Bernama) -- Pembangunan Urban Forest bernilai kira-kira lebih RM1 bilion di Tambun di sini, dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Perak apabila projek seluas 84 ekar itu siap dalam masa tiga tahun.

TNB Mulakan Pembangunan National Grid Backbone 500kV, Perkukuh Keterjaminan Dan Peralihan Tenaga Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) mencatatkan satu lagi pencapaian penting dalam komitmennya untuk membangunkan infrastruktur tenaga yang bersedia masa hadapan, menerusi permulaan pembangunan talian penghantaran National Grid Backbone 500kV yang baharu.

Pulau Pinang, Johor, Selangor Sumbang 79.4 Peratus Daripada Jumlah Dagangan Malaysia Pada Julai - DOSM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Pulau Pinang, Johor dan Selangor menyumbang 79.4 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia pada Julai 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Tiang Saran Kaji Semula Duti Setem Atas Perjanjian JV Tanah

SIBU, 28 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan disaran untuk mengkaji semula pengenaan duti setem berdasarkan nilai tanah bagi perjanjian usaha sama (JV) antara pemaju perumahan dengan pemilik tanah, memandangkan ia dibimbangi boleh meningkatkan kos pembangunan dan akhirnya menjejaskan kemampuan perumahan di Sarawak.

Aset Rizab Antarabangsa Malaysia Berjumlah US$132.07 Bilion Setakat Akhir Julai 2026

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Aset rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$132.07 bilion (US$1 = RM4.02), manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$368.50 juta setakat akhir Julai 2026, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).