BERITA TERKINI   Tiga sekeluarga maut dalam kebakaran rumah di Desa Mawar, Muadzam Shah di Rompin awal pagi tadi - Bomba | 

Terdapat 237 berita berdasarkan kata kunci carian " sentimen"

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kelemahan Dolar

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, menjejaki peningkatan dalam mata wang serantau berikutaan kelemahan dolar AS dan harga minyak mentah yang lebih kukuh telah meningkatkan sentimen, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Susulan Pengambilan Untung Sederhana

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Selasa berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana oleh pelabur selepas pasaran tempatan meningkat baru-baru ini, sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang lebih perlahan.

Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah pada Selasa, terjejas oleh permintaan jangka pendek dari China dan data ekonomi yang lebih lemah dari Amerika Syarikat (AS). 

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Rendah Berikutan Tekanan Jualan Saham Wajaran Tinggi

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah hari ini berikutan aktiviti penjualan berterusan dalam saham wajaran tinggi, terutamanya saham-saham kewangan hingga menjejaskan sentimen pasaran.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Awal Jejas Sentimen Pasaran

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa susulan tekanan jualan pada awal dagangan menjejaskan sentimen pasaran, sekali gus menghakis sebahagian keuntungan yang dicatatkan semalam.

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa dalam persekitaran pelabur yang terus memberi tumpuan terhadap prospek kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi, Menjejaki Keuntungan Dalam Soya Dan Olein

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas dirangsang oleh prestasi lebih kukuh dalam minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago dan niaga hadapan olein sawit Bursa Komoditi Dalian China, kata seorang peniaga.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Susulan Kenaikan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, disokong oleh kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan jangkaan kilang tayar baharu di Selangor. 

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, didorong oleh sentimen pelabur yang semakin baik, menjejaki prestasi Wall Street yang sebahagian besarnya positif pada Jumaat lepas.

Tomei Gesa Pengecualian Duti Import Jongkong Emas Tempa

Oleh Niam Seet Wei

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Tomei Consolidated Bhd berharap kerajaan dapat mengecualikan jongkong emas tempa import daripada duti import 10 peratus bagi memastikan pelaburan emas kekal mampu dimiliki rakyat.

Bursa Malaysia Dijangka Catat Aliran Meningkat, Sasar Paras 1,700 Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia dijangka meneruskan peningkatan dan menguji paras psikologi 1,700 mata minggu depan, disokong oleh kenaikan semula lebih tinggi pada Jumaat serta pembelian berterusan oleh pelabur institusi tempatan.