10hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan aliran menurun apabila ditutup rendah untuk hari ketiga berturut-turut pada Rabu, sejajar dengan kelemahan niaga hadapan minyak kacang soya di Chicago Mercantile Exchange (CME).
10hari ago
RANAU, 23 Sept (Bernama) -- Tanaman tembakau bagi produk tembakau hiris dan cerut yang diusahakan oleh 118 pekebun tempatan di kawasan seluas kira-kira 44.5 hektar di sini, dapat menjana pendapatan mencecah hampir RM2 juta setahun.
10hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas pengukuhan dolar US terus menjejaskan logam berharga itu.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Rabu sejajar dengan prestasi pasaran tunai pendasar.
10hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia susut pada akhir dagangan Rabu, diasak aktiviti pengambilan untung dalam kelompok saham wajaran tinggi terpilih serta sentimen kurang memberangsangkan terhadap saham petrokimia berikutan harga minyak yang terus menyusut, kata penganalisis.
10hari ago
PUTRAJAYA, 23 Sept (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengekalkan kedudukannya sebagai lapangan terbang antarabangsa keempat paling bersambung di dunia sambil terus menjadi hab mega paling bersambung di Asia-Pasifik.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Memperkasa Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) serta memperkenalkan struktur pembiayaan yang lebih fleksibel antara cadangan utama Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) bagi Belanjawan 2027.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Afrika muncul sebagai pasaran pertumbuhan penting bagi industri halal global sekali gus menawarkan peluang yang meluas kepada pengeksport Malaysia dalam pelbagai kategori produk pengguna.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- YTL AI Labs Sdn Bhd, cabang penyelesaian kecerdasan buatan (AI) YTL Power International Bhd di bawah YTL Group, hari ini melancarkan Nemotron-Personas-Malaysia, set data terbuka yang dibangunkan bersama NVIDIA bagi mencerminkan kepelbagaian penduduk Malaysia melalui 1.35 juta profil sintetik.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia kembali meningkat untuk menamatkan sesi pagi dengan sedikit tinggi, disokong minat belian terhadap beberapa saham wajaran tinggi terpilih, diterajui saham telekomunikasi dan utiliti.
10hari ago
SHANGHAI, 23 Sept (Bernama) -- Malaysia menekankan peranannya sebagai peneraju serantau dalam pembangunan kemahiran dan kesiapsiagaan tenaga kerja hijau pada Persidangan WorldSkills Shanghai 2026, memperkukuh komitmen berterusannya untuk memperkasakan kecemerlangan teknikal dan vokasional.
10hari ago
SHANGHAI, 23 September (Bernama) -- Sesi perbincangan meja bulat delegasi Malaysia bersama pemimpin industri daripada 21 syarikat terkemuka China di sini hari ini, menyentuh pelbagai sektor berimpak tinggi termasuk semikonduktor, kecerdasan buatan (AI) dan robotik.