Terdapat 463 berita berdasarkan kata kunci carian " kewangan"

Malaysia Masih Ketinggalan Untuk Capai Sasaran 3,000 Kilang Pintar Menjelang 2030 - Sim

GEORGE TOWN, 2 Okt (Bernama) -- Malaysia masih jauh daripada mencapai sasaran untuk mengubah 3,000 pengilang menjadi kilang pintar menjelang 2030, dan setakat ini hanya 93 daripadanya berjaya melengkapkan transformasi tersebut. 

Kewangan Islam Perlu Kekal Inovatif, Inklusif Dan Berdaya Saing Di Peringkat Global - PM Anwar 

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Semua pihak perlu memastikan kewangan Islam kekal inovatif, inklusif dan berdaya saing di peringkat global dalam menghadapi fasa ketidaktentuan global dan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Indeks Utama Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkat, naik 0.33 peratus pada tengah hari ini, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi terpilih.

Donuf Sasar 100 Cawangan Menjelang 2029

Oleh Nur Fadhliana Shaari

JOHOR BAHRU, 2 Okt (Bernama) -- Pengasas Donuf, produk gabungan donat dan pastri berkrim (creampuff) rangup, menyasarkan membuka 100 cawangan di seluruh negara menjelang 2029 didorong oleh perkembangan positif perniagaan itu sejak mula beroperasi April lepas.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Jumaat didorong oleh hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang rendah dan sentimen Rizab Persekutuan (Fed) yang berhati-hati memberikan kelegaan kepada pelabur.

Bantuan Pendapatan Bersasar Untuk Warga Emas Untuk Perkukuh Keselamatan Persaraan

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Malaysia wajar mempertimbangkan pemberian bantuan pendapatan bersasar kepada golongan berusia 70 atau 75 tahun dan bukannya memperkenalkan pencen sejagat pada usia yang lebih muda, kata Pengerusi Axiata Group Bhd Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan.

Belanjawan 2027: PIAM Minta Pelepasan Cukai Dan Geran Digital Bagi Rapatkan Jurang Perlindungan Insurans

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) meminta kerajaan supaya menyediakan pelepasan cukai bagi perlindungan kritikal seperti insurans gangguan perniagaan bagi meningkatkan tahap kemampuan dan akses kepada perlindungan insurans.

Daya Tahan Ekonomi AS Dorong Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, sejajar dengan penurunan harga jongkong emas global apabila pelabur menilai data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bercampur-campur dan menunggu petunjuk seterusnya berhubung prospek dasar kewangan AS.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis dalam keadaan tekanan jualan yang berterusan, sejajar dengan prestasi Wall Street semalaman yang bercampur-campur dan berhati-hati.

KWSP Gesa Pembaharuan Dalam Sistem Pencen Untuk Pastikan Pendapatan Persaraan Sepanjang Hayat

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Sistem pencen di Malaysia perlu berkembang seiring dengan peningkatan jangka hayat dan perubahan corak pekerjaan; pembaharuan diperlukan bagi memperkukuh liputan, kecukupan, ekuiti dan kelestarian pendapatan persaraan untuk tempoh hayat yang lebih panjang.

Utamakan Keterjaminan Makanan Marin, Pencegahan Pencemaran Dalam Bajet 2027 - Pakar

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia digesa mengiktiraf keterjaminan makanan marin dan pencegahan pencemarannya sebagai isu daya tahan nasional dan keutamaan ekonomi menerusi Belanjawan 2027.

DNB Peroleh Pembiayaan Islam RM5.2 Bilion, Beralih Ke Fasa Seterusnya Dwi Rangkaian 5G

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Digital Nasional Bhd (DNB) telah berjaya memperoleh pembiayaan berjangka Islam bersindiket bernilai RM5.2 bilion, sekali gus menandakan langkah penting dalam peralihan ke fasa seterusnya rangka kerja dwi rangkaian 5G.