2bulan ago
SEREMBAN, 28 Julai (Bernama) -- Harga minimum getah disasarkan mencecah RM5 sekilogram menjelang akhir 2027 dalam usaha meningkatkan pendapatan dan taraf hidup lebih 500,000 pekebun kecil getah di seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
2bulan ago
PUTRAJAYA, 28 Julai (Bernama) -- Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) mengunjurkan ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan kukuh secara purata pada kira-kira lima peratus untuk tahun ini dan 2027 meskipun berdepan ketidaktentuan global.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih Nestlé (Malaysia) Bhd bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2026 meningkat kepada RM155.01 juta daripada RM112.11 juta yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan terus memantau keadaan pasaran secara masa nyata serta menyalurkan maklumat risikan pasaran kepada para pengeksport Malaysia seiring dengan perubahan keadaan pasaran.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Malaysia masih berada pada landasan yang tepat untuk mencatatkan pertumbuhan antara empat hingga lima peratus pada 2026 dengan inflasi yang kekal terurus meskipun terdapat kejutan bekalan tenaga, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Kerajaan sedang mengkaji pelaksanaan penggunaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi pembayaran kod respons pantas (QR) di Pasar Tamu dan Pasar Tani dan keputusan mengenainya dijangka diumumkan dalam Belanjawan 2027 jika didapati mampan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Capitaland Malaysia Trust (CLMT) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM43.99 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 (S2 TK2026) berbanding RM35.06 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
2bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Walaupun perlumbaan Formula Satu (F1) hanya akan kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Oktober ini, keterujaan terhadap kemunculan semula Malaysia dalam kalendar perlumbaan itu sudah mula dirasai di platform media sosial.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) berjaya memperoleh 416 acara perniagaan yang diadakan bermula 2026 sehingga 2030, dengan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM3.98 bilion setakat 30 Jun 2026.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Malaysia berada pada landasan yang tepat untuk mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk muncul dalam kelompok 12 ekonomi paling berdaya saing di dunia, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Mohd Shahar Abdullah.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam rantaian nilai tenaga luar pesisir global apabila pasukan kejuruteraan dan teknikal tempatan kini diberi tanggungjawab yang semakin kompleks dalam pelaksanaan projek di peringkat antarabangsa.
2bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) – Malaysia kekal sebagai pasaran utama bagi Scoot, syarikat penerbangan tambang murah di bawah Kumpulan Singapore Airlines (SIA), didorong oleh permintaan berterusan bagi perjalanan percutian dan perniagaan.