16hari ago
Oleh M. Saraswathi and Karina Imran
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus mencerminkan penilaiannya bahawa kadar tersebut sejajar dengan prospek kestabilan harga dan pertumbuhan ekonomi yang mampan, kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
16hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 6 Nov (Bernama) -- Singapore Airlines (SIA) hari ini mengumumkan pelan pelaburan bernilai lebih S$2 bilion (S$1=RM3.16) untuk menambah baik produk kabin penerbangan jarak jauh serta sistem hiburan dalam penerbangan KrisWorld sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan pengalaman penumpang.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Frontken Corporation Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersih kepada RM57.25 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 daripada RM45.83 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Public Bank Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM1.77 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept, susut daripada RM1.84 bilion, manakala hasil meningkat kepada RM7.74 bilion berbanding RM7.41 bilion sebelumnya.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia terus mencatatkan aliran penurunan pada tengah hari ini, seiring dengan penurunan di kebanyakan pasaran serantau berikutan aktiviti jualan di kaunter saham wajaran tinggi yang memberi impak kepada pasaran dalam sentimen lemah selepas kejatuhan Wall Street semalaman.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan usaha memperluas kerjasama ekonomi di bawah Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) Malaysia-AS yang dipertingkatkan.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini.
16hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Fail ZIP yang mencurigakan dan disebarkan melalui platform pemesejan seperti WhatsApp boleh mendedahkan pengguna kepada perisian hasad yang mencuri kata laluan, maklumat perbankan dan maklumat peribadi, kata pakar.
16hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, dengan tekanan jualan menguasai dagangan selepas Wall Street semalaman mencatatkan penurunan berikutan kebimbangan baharu mengenai saham berkaitan kecerdasan buatan (AI).
16hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi and Karina Imran
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan petunjuk bercampur-campur daripada ekonomi dan pasaran kewangan AS yang menjejaskan prospek mata wang negara itu.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kerajaan bersetuju memberikan fleksibiliti dasar moratorium eksport bahan mentah unsur nadir bumi (REE) yang sedia ada melalui Garis Panduan Pertimbangan Permohonan Pengeksportan Unsur Nadir Bumi Mentah bagi menarik pelabur berpotensi.
17hari ago
GEORGE TOWN, 5 Nov (Bernama) -- Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) memberikan kontrak utama kerja-kerja sivil Pakej 2 (CMC2) bernilai RM2.69 bilion bagi projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang kepada tiga syarikat usaha sama.