1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Menjamin daya maju kewangan projek dan menyesuaikan dengan pendekatan penilaian risiko konvensional merupakan antara cabaran yang dihadapi sektor tenaga boleh baharu (TBB) Malaysia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- AHAM Asset Management Bhd (AHAM Capital) mencapai liputan penarafan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sebanyak 99 peratus merentas semua ekuiti dan bon yang termasuk dalam skop penilaian pada 2025, menurut laporan kemampanan 2025 yang dikeluarkan hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Persidangan Kaptif Asia (ACC) ke-8 2026 akan meneliti peranan insurans kaptif sebagai instrumen strategik untuk membantu organisasi memperkukuh daya tahan dan mengurus risiko baharu serta semakin kompleks dalam persekitaran global yang tidak menentu.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, susulan tekanan jualan dalam kaunter perkhidmatan kewangan, utiliti dan perladangan.
1bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Perniagaan dan orang awam memainkan peranan penting dalam menyokong keselamatan tenaga di Malaysia, menjadi semakin kritikal memandangkan ketegangan geopolitik global terus mengganggu landskap tenaga.
1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Isnin apabila para pelabur kebanyakannya tidak memasuki pasaran serta mengambil pendirian tunggu dan lihat di tengah-tengah ketidaktentuan berhubung dasar monetari Amerika Syarikat (AS) dan perkembangan geopolitik.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Inta Bina Group Bhd iaitu Inta Bina Sdn Bhd memperoleh kontrak kerja pembinaan utama bernilai RM115.65 juta daripada Sime Darby Property (KL East) Sdn Bhd.
1bulan ago
KOTA KINABALU, 9 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Sabah bakal memperoleh 30 peratus pegangan dalam dua lapangan minyak dan gas baharu di Pantai Timur negeri ini, kata Ketua Menterinya Datuk Seri Hajiji Noor.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Malaysia mempunyai elemen yang diperlukan untuk menjadi peneraju global dalam kewangan digital patuh syariah, dipacu oleh kemunculan inovasi rantaian blok dan usaha untuk membangunkan produk patuh syariah pertama di dunia dalam bank kripto, kata usahawan mobiliti global.
1bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat apabila pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman data utama pasaran buruh Amerika Syarikat (AS).
1bulan ago
SHAH ALAM, 7 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Negeri Selangor menyasarkan peningkatan pendapatan median isi rumah kepada RM14,500 sebulan serta mengurangkan kadar pengangguran kepada 2.2 peratus menerusi Rancangan Selangor Kedua (RS-2).
1bulan ago
PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Kerajaan akan terus memperkasakan kekayaan isi rumah bumiputera, khususnya dalam kalangan kumpulan B40 dan M40, menerusi usaha meningkatkan tabungan, memperluas peluang pelaburan serta membangunkan kemahiran bagi meningkatkan pendapatan.