Terdapat 1008 berita berdasarkan kata kunci carian "ekonomi"

Mulpha International Catat Untung Bersih Lebih Rendah Pada Suku Kedua Kepada RM170.80 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Mulpha International Bhd (Mulpha International) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM170.80 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2026 (S2 TK2026), berbanding RM270.85 juta dalam suku yang sama pada tahun kewangan sebelumnya. 

Petron Malaysia Catat Kerugian Bersih RM34.48 Juta Pada Suku Kedua 2026

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (Petron Malaysia) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM34.48 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2026 daripada keuntungan bersih RM40.51 juta bagi suku yang sama tahun lepas.

IOI Properties Catat Untung Bersih RM2.15 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- IOI Properties Bhd mencatatkan peningkatan keuntungan bersih kepada RM2.15 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 daripada RM1.06 bilion pada tahun sebelumnya.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis susulan sentimen berhati-hati menjelang simposium Jackson Hole Rizab Persekutuan AS (Fed).

TNB Catat Prestasi Berdaya Tahan Bagi Separuh Pertama 2026, Lindungi Rakyat Ketika Ketidaktentuan Di Asia Barat

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus mencatatkan prestasi berdaya tahan bagi tempoh separuh pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 (Separuh Pertama 2026), sekali gus memperteguhkan keupayaannya  dalam menyediakan bekalan elektrik yang boleh dipercayai dan selamat, memperteguh keterjaminan tenaga negara serta memacu agenda peralihan tenaga Malaysia dalam persekitaran tenaga global yang dinamik.

Untung Bersih Hap Seng Consolidated Suku Kedua Susut Kepada RM135.08 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Hap Seng Consolidated Bhd susut kepada RM135.08 juta pada suku kedua 2026 berakhir 30 Jun 2026 daripada RM143.68 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Keuntungan Bersih Press Metal Melonjak Kepada RM801 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Press Metal Aluminium Holdings Bhd telah melonjak kepada RM801 juta dalam suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM483.58 million yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelum ini.

Malaysia Perlu Perkukuh Asas Pasaran Untuk Kekal Kompetitif - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Selain menerima pakai teknologi baharu, Malaysia perlu memperkukuh asas pasaran, meningkatkan kecekapan dan memperluas akses kepada modal untuk memastikan pasaran kewangan dan modalnya kekal kompetitif, berdaya tahan dan relevan.

Bursa Malaysia Ditutup Bercampur-campur Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur pada Khamis apabila pelabur mengambil untung menjelang cuti hujung minggu yang panjang.

Pasaran Getah Terus Meningkat Didorong Kebimbangan Bekalan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah terus mencatat kenaikan, ditutup tinggi pada Khamis, disokong oleh kebimbangan mengenai bekalan berikutan hujan berterusan di rantau pengeluar utama, kata peniaga.

Untung Bersih MISC Melonjak Kepada RM1.15 Bilion Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih MISC Bhd meningkat lebih dua kali ganda kepada RM1.15 bilion pada suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM464.40 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Pertumbuhan Ekonomi Enam Peratus Sangat Baik, Dorong Keyakinan Pelabur - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pertumbuhan ekonomi enam peratus pada suku kedua tahun ini merupakan satu pencapaian sangat baik yang akan memberi keyakinan kepada pelabur terhadap Malaysia.