BERITA TERKINI   Seramai 24 individu telah dirakam percakapan bagi bantu siasatan kes murid serang guru - Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak | 

Terdapat 15 berita berdasarkan kata kunci carian " el nino"

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Kebimbangan Terhadap El-Nino

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat semula dan ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh jangkaan pengeluaran yang lebih lemah dalam persekitaran kebimbangan terhadap corak cuaca El Nino.

IOI Corp Catat Untung Bersih Lebih Tinggi Kepada RM1.68 Bilion Pada Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih IOI Corporation Bhd (IOI Corp) bagi tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2026 (TK2026) meningkat kepada RM1.68 bilion daripada RM1.52 bilion pada tahun sebelumnya, terutamanya disokong oleh keuntungan yang lebih tinggi daripada segmen pembuatan berasaskan sumber dan perladangan. 

SMR 20 Catat Paras Tertinggi 2026 Didorong Kebimbangan Bekalan Akibat El Nino

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah meneruskan momentum peningkatan pada Jumaat, dengan harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 mencapai paras tertinggi bagi 2026, disokong jangkaan bekalan yang lebih ketat susulan cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino.