9jam ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia meneruskan kenaikan pada tengah hari berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah ke atas saham wajaran tinggi terpilih, dipacu oleh saham utiliti, walaupun keluasan pasaran terus kekal negatif.
9jam ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Persidangan Jawatankuasa Bersama mengenai Perubahan Iklim (JC3) Journey to Zero 2026 memperkukuh peranan penting industri kewangan dalam memacu agenda pertumbuhan Malaysia yang mampan dan berdaya tahan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
10jam ago
PUTRAJAYA, 30 Sept (Bernama) -- Seorang bayi yang dilahirkan pada 2026 secara purata dijangka hidup hingga 75.5 tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
11jam ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- JAC Motors, melalui pengedar trak tempatan iaitu Evolvelectric Motors Sdn Bhd, memeterai perjanjian dengan anak syarikat milik penuh Feytech Holdings Bhd, FT Assembly Sdn Bhd, untuk memasang secara tempatan trak pikap JAC T9 Diesel, kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) petrol dan kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) di Malaysia.
12jam ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Jumlah permintaan kargo udara global, diukur dalam tan kargo bagi setiap kilometer (CTK), naik sebanyak 4.4 peratus pada Ogos 2026 berbanding Ogos 2025, dengan operasi antarabangsa mencatatkan peningkatan sebanyak 5.3 peratus, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
13jam ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2027 menawarkan peluang untuk memperkukuh kerjasama antara kerajaan dan industri serta meningkatkan keupayaan kecerdasan buatan (AI) Malaysia, menurut syarikat Amazon.com, Amazon Web Services (AWS).
13jam ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka lebih tinggi pada Rabu apabila berlaku aktiviti belian pada harga rendah berikutan penurunan baru-baru ini, di sebalik petunjuk negatif dari Wall Street.
13jam ago
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Proton Holdings Bhd (Proton) berharap Belanjawan 2027 akan mengetengahkan dasar automotif jangka panjang yang melibatkan keterangkuman teknologi bagi menyokong peralihan industri ke arah kenderaan elektrifikasi (xEV).
13jam ago
Oleh Niam Seet Wei
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Mekanisme kredit cukai input bersasar untuk transaksi perniagaan ke perniagaan (B2B) perlu dipertimbangkan sekiranya ciri-ciri cukai barang dan perkhidmatan (GST) terpilih dimasukkan ke dalam rangka kerja cukai jualan dan perkhidmatan (SST), menurut KPMG Malaysia.
14jam ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Rabu.
15jam ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih rendah berbanding mata wang utama, termasuk dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu apabila data pengguna AS yang lebih lemah mempengaruhi sentimen pelabur dan mengurangkan selera minat dalam pasaran pertukaran asing.
1hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi lemah pasaran minyak sayuran serantau, termasuk di Bursa Komoditi Dalian.