BERITA TERKINI   PRN Melaka: 53.25 peratus keluar mengundi awal setakat jam 10.35 pagi ini - Pengerusi SPR | PRN Melaka: 40.93 peratus pengundi awal keluar mengundi setakat 10 pagi - SPR | PRN Melaka: 20.9 peratus pengundi awal keluar mengundi setakat 9 pagi - SPR | Dua rentung, tiga cedera kereta dinaiki terbabas dan terbalik berhampiran Permas Jaya Golf Club, menghala Bakar Batu, awal pagi ini - JBPM Johor | PRN Melaka: Semua 31 pusat pengundian awal dibuka serentak jam 8 pagi ini | 

Terdapat 45 berita berdasarkan kata kunci carian "ringgit"

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar As Menjelang Keputusan OPR BNM

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang ASEAN lain pada penutupan Rabu menjelang keputusan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) esok.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Berikutan Kelemahan Getah Serantau, Pengukuhan Ringgit

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, menjejaki kerugian dalam pasaran hadapan getah serantau dan tertekan oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar US, kata seorang peniaga. 

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal berwaspada menjelang keputusan pilihan raya pertengahan penggal AS selain mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) esok, kata penganalisis.

Malaysia Perluas Penggunaan Mata Wang Tempatan Melalui Kerjasama BRICS

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Malaysia akan terus memperluas penggunaan mata wang tempatan dalam urusan perdagangan dan pelaburan rentas sempadan melalui kerjasama di bawah BRICS untuk mengurangkan kos transaksi serta risiko pertukaran asing.

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Rendah Seiring Dengan Pasaran Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, seiring dengan penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Ringgit Ditutup Rendah berbanding Dolar AS Susulan Penarikan Balik Pelaburan Dalam AI

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Selasa susulan penarikan balik dalam perdagangan berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan pelaburan.

Ringgit Dibuka Tinggi Didorong Harapan Kemajuan Rundingan AS-Iran

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa didorong oleh tanda-tanda kemajuan dalam rundingan diplomatik antara Washington dan Tehran.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Prospek Data Ekonomi AS Lebih Kukuh

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) --  Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin apabila prospek data ekonomi Amerika Syarikat yang positif memberikan sokongan kepada mata wang Amerika Syarikat (AS) itu.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup dengan prestasi bercampur-campur pada Isnin ketika ringgit lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

HSBC Unjur Ringgit Diniagakan 4.10-4.20 Berbanding Dolar AS Pada 2027

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat 4.10 hingga 4.20 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada 2027 berbanding julat semasa 4.05 hingga 4.10, menurut HSBC Global Investment Research.

Harga Emas Tempatan Dijangka Kekal Stabil Hingga Hujung Tahun

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Harga emas tempatan dijangka kekal stabil atau meningkat sedikit berbanding paras semasa sehingga hujung tahun ini, di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik dan perubahan struktur ekonomi global, kata seorang ahli akademik.

Ringgit Dibuka Tinggi Didorong Jangkaan Normalisasi OPR

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh jangkaan kemungkinan normalisasi Kadar Dasar Semalaman (OPR) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis ini.