BERITA TERKINI   Polis tahan seorang lelaki, rampas ganja bernilai RM3.2 juta yang dipercayai cuba diseludup ke London menerusi LTAPP - Ketua Polis Pulau Pinang | Pasaran modal Malaysia berkembang kepada RM4.5 trilion daripada RM4.3 trilion tahun lepas – pengarah eksekutif SC | Pelabur China Tunjuk Potensi Pelaburan AS$15 Bilion di Malaysia dalam Enam Sektor – Ahmad Zahid | 

Terdapat 20 berita berdasarkan kata kunci carian "unjuran"

TNB Komited Sambung Pusat Data Ke Grid Elektrik Dalam Tempoh Setahun

Daripada Rosemarie Khoo Mohd Sani

SINGAPURA, 27 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) komited untuk menyambungkan pusat data yang telah mendapat kelulusan kepada grid elektrik dalam tempoh setahun, ketika Malaysia memperkukuh rangkaian elektrik domestiknya bagi memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat serta meningkatkan kesalinghubungan elektrik serantau.

Malaysia Berada Pada Kedudukan Baik Sebagai Hab Pusat Data Serantau - Moody’s Ratings

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan baik untuk melaksanakan peranan penting sebagai hab pusat data serantau sekiranya berupaya mengekalkan kelebihan daya saingnya, menurut Moody’s Ratings.

Malaysia Perlu Bekalan Tenaga Mencukupi, Kapasiti Grid Tarik Pelaburan Pusat Data – JERA

Daripada Rosemarie Khoo Mohd Sani

SINGAPURA, 25 Okt (Bernama) -- Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk meningkatkan kapasiti penjanaan tenaga dan menarik pemaju pusat data bagi membuat pelaburan di negara ini, menurut syarikat penjanaan elektrik terbesar Jepun, JERA.

Anutin Yakin Pertumbuhan KDNK Thailand Lebih 2.1 Peratus Pada 2026

Oleh Kenny Teng

BANGKOK, 24 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Thailand diyakini akan melebihi unjuran 2.1 peratus tahun ini dengan peningkatan pelaburan asing, eksport dan hasil cukai sebagai petanda prospek ekonomi yang semakin baik, kata Perdana Menterinya, Anutin Charnvirakul.

Kepesatan Pembangunan Pusat Data Pacu Permintaan Prasarana Tenaga Johor

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Industri pusat data di Johor yang terus berkembang pesat dijangka memacu permintaan tenaga elektrik yang ketara, sekali gus membuktikan kepentingan untuk meneruskan pembangunan infrastruktur tenaga.

Belanjawan 2027: Peruntukan RM16 Bilion Bagi STR Dan SARA Dijangka Rangsang Perbelanjaan Isi Rumah, Sektor Peruncitan

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Peruntukan kerajaan yang lebih tinggi sebanyak RM16 bilion untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), bersama langkah berkaitan cukai pendapatan individu di bawah Belanjawan 2027 dijangka mengekalkan perbelanjaan penggunaan isi rumah.

Nilai Perolehan Kontrak Kerjaya Naik Kepada RM6 Bilion Susulan Raih Kontrak Terbaharu

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Nilai perolehan kontrak Kerjaya Prospek Group Bhd berpotensi meningkat kepada RM6.0 bilion daripada RM5.9 bilion berikutan kejayaannya meraih kontrak terbaharu daripada Tenaga Nasional Bhd, menurut MBSB Research.

PM Anwar Kotakan Janji Percepat Projek Mitigasi Banjir, Bantu Mangsa Yang Lama Menderita

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) – Mengotakan janji Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih tiga tahun lepas, kerajaan telah mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi meringankan beban serta kesukaran kewangan yang dialami oleh mangsa akibat bencana alam tersebut yang berlaku hampir setiap musim.