26hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerbitkan Sukuk Wakalah Kemampanan bernilai RM4.8 bilion di bawah Program Nota Jangka Sederhana Islam dengan nilai nominal sehingga RM10 bilion, berlandaskan prinsip Syariah Wakalah Bi Al-Istithmar.
26hari ago
Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih tinggi, didorong oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan penurunan semalam.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih tinggi hari ini, disokong oleh peningkatan minat pelabur global untuk mengambil risiko dalam keadaan penurunan harga minyak.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) harus kekal sebagai langkah jangka pendek dan bukannya kekal memandangkan program itu direka membantu menangani peningkatan kos sara hidup dan mengekalkan kuasa beli, kata ahli ekonomi.
26hari ago
Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi Wall Street yang lebih kukuh dalam tempoh semalaman.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Selasa berikutan asas ekonomi Malaysia yang berdaya tahan terus menyokong unit tempatan itu dalam keadaan risiko geopolitik yang masih berterusan di Asia Barat, kata penganalisis.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Kumpulan Bank Pembangunan Islam (IsDB) Dr Muhammad Al Jasser bagi membincangkan kerjasama semasa dan masa depan antara kedua-dua institusi itu.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh SSF Home Group Bhd, SSF Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli (SPA) bersyarat dengan IFFCO Foods Sdn Bhd untuk membeli tiga bidang tanah di Pulau Indah, Klang bernilai RM42.47 juta.
27hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama dan serantau pada Isnin, namun susut berbanding dolar AS apabila pelabur kekal berhati-hati menjelang mesyuarat dasar Rizab Persekutuan AS (Fed), kata seorang penganalisis.
27hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin terjejas oleh aktiviti jualan dalam saham wajaran tinggi tertentu terutamanya sektor utiliti dan perbankan selain dipengaruhi prestasi yang lebih lemah di pasaran serantau.
27hari ago
Oleh M.Saraswathi & Karina Imran
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mahu institusi kewangan Islam memainkan peranan yang lebih besar dalam membiayai fasa seterusnya transformasi ekonomi negara, satu aspirasi yang akan dicerminkan dalam pelan induk sektor kewangan yang dirancang pada 2027.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan Rangka Kerja baharu untuk Platform Dagangan Elektronik (ETP) mulai 1 Nov depan, yang akan menggantikan rangka kerja 2019 sedia ada.