1bulan ago
PUTRAJAYA, 22 Sept (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti langkah mempercepat pembayaran bagi perkhidmatan yang telah dilaksanakan serta memperkukuh akses pembiayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) termasuk menerusi pembiayaan berasaskan kontrak dan invois.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Bahagian awam Malaysia dalam tawaran awam permulaan (IPO) GB Bond Holdings Bhd mencatatkan lebihan langganan sebanyak 8.22 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 1 Okt 2026.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih tinggi, dipacu oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan jualan ketara baru-baru ini.
1bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 22 Sept (Bernama) -- Keadaan kewangan Singapura secara keseluruhannya kekal berdaya tahan meskipun persekitaran global tidak menentu, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- OGX Group Bhd telah menceburi industri tenaga boleh baharu (RE), menyasarkan peluang dalam pasaran pusat data Malaysia yang sedang berkembang menerusi sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Kerajaan sedang memperkukuh ekosistem penyelidikan dan pembangunan (R&D) Malaysia melalui mekanisme pembiayaan yang lebih berteraskan pasaran serta kerjasama lebih erat dengan industri, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti (SC) sedang mengkaji penubuhan pasukan petugas pelbagai pihak berkepentingan melibatkan pengawal selia dan badan profesional untuk memperkukuh kecekapan dan profesionalisme setiausaha syarikat dalam syarikat yang disenaraikan di Malaysia.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih tinggi, didorong oleh aktiviti memburu saham-saham mewah terpilih selepas kebimbangan berkaitan krisis Asia Barat mereda di tengah-tengah penurunan harga minyak.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2027 seharusnya mengekalkan dasar perbelanjaan yang menyokong pertumbuhan selain mengekalkan konsolidasi fiskal secara bertahap, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pakej Peningkatan Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) dilihat sebagai penambahbaikan paling ketara kepada rangka kerja tersebut dengan pengurangan caj keutamaan bagi CRESS dengan bekalan tenaga boleh baharu (TBB) yang boleh disalur mengikut keperluan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Eksport Malaysia melonjak 31.2 peratus tahun ke tahun kepada RM1.356 trilion bagi tempoh Januari-Ogos 2026 daripada RM1.033 trilion bagi tempoh yang sama pada 2025.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Isnin berikutan pelabur mengambil kira prestasi pasaran serantau yang kukuh berbanding kebimbangan berterusan terhadap pendirian Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang cenderung menaikkan kadar faedah dan hasil Perbendaharaan AS yang tinggi.