2bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC), disokong prestasi sektor luaran yang berdaya tahan, permintaan domestik yang sederhana dan risiko inflasi boleh diurus, kata ahli ekonomi.
2bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Selasa berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana oleh pelabur selepas pasaran tempatan meningkat baru-baru ini, sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang lebih perlahan.
2bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah pada Selasa, terjejas oleh permintaan jangka pendek dari China dan data ekonomi yang lebih lemah dari Amerika Syarikat (AS).
2bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Perbelanjaan sektor luar pesisir di rantau Asia Pasifik kekal stabil secara keseluruhannya selepas konflik di Asia Barat, dengan perbelanjaan modal (capex) bagi projek baharu di Asia Tenggara dianggarkan meningkat 12 peratus kepada lebih US$100 bilion (US$1 = RM4.08).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Syarikat Perancis, Carester hari ini memaklumkan rancangannya untuk membina loji pengasingan nadir bumi di Perak, menerusi usaha sama (JV) selama 10 tahun dengan Malaco Mining Sdn Bhd (Malaco).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan berkembang 4.7 peratus pada 2026 dengan potensi peningkatan sederhana, disokong prestasi eksport yang lebih kukuh daripada jangkaan, permintaan domestik yang berdaya tahan serta risiko luaran yang semakin reda, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 6 Julai -- Minat belian baharu yang kembali melonjak untuk saham-saham perbankan dan perladangan mendorong Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin.
2bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, disokong oleh kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan jangkaan kilang tayar baharu di Selangor.
2bulan ago
Oleh Niam Seet Wei
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Tomei Consolidated Bhd berharap kerajaan dapat mengecualikan jongkong emas tempa import daripada duti import 10 peratus bagi memastikan pelaburan emas kekal mampu dimiliki rakyat.
2bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia dijangka meneruskan peningkatan dan menguji paras psikologi 1,700 mata minggu depan, disokong oleh kenaikan semula lebih tinggi pada Jumaat serta pembelian berterusan oleh pelabur institusi tempatan.
2bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka kekal positif secara berhati-hati pada minggu depan, diniagakan antara 1,670 hingga 1,690 mata disebabkan aktiviti memburu saham murah, tekanan luaran yang semakin reda dan sentimen serantau yang memulih.