BERITA TERKINI   Jerebu: Sekolah, institusi pendidikan di Johor ditutup lima hari lagi bermula Isnin - Exco | Liga Super: Negeri Sembilan 1-1 Sabah | Lebih 12,000 pegawai, anggota APM seluruh negara bersiap siaga hadapi Monsun Timur Laut - APM | 

Terdapat 754 berita berdasarkan kata kunci carian "mbi"

Kewangan Islam Perlu Kekal Inovatif, Inklusif Dan Berdaya Saing Di Peringkat Global - PM Anwar 

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Semua pihak perlu memastikan kewangan Islam kekal inovatif, inklusif dan berdaya saing di peringkat global dalam menghadapi fasa ketidaktentuan global dan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Indeks Utama Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkat, naik 0.33 peratus pada tengah hari ini, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi terpilih.

YTL AI Labs Lancar ILMUcode, Platform Teknologi Pengekodan AI Termaju Malaysia

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- YTL AI Labs Sdn Bhd, cabang penyelesaian kecerdasan buatan (AI) YTL Power International Bhd di bawah YTL Group, melancarkan ILMUcode bagi mempersiapkan rakyat Malaysia menghadapi era baharu pembangunan perisian.

Bantuan Pendapatan Bersasar Untuk Warga Emas Untuk Perkukuh Keselamatan Persaraan

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Malaysia wajar mempertimbangkan pemberian bantuan pendapatan bersasar kepada golongan berusia 70 atau 75 tahun dan bukannya memperkenalkan pencen sejagat pada usia yang lebih muda, kata Pengerusi Axiata Group Bhd Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan.

Belanjawan 2027: PIAM Minta Pelepasan Cukai Dan Geran Digital Bagi Rapatkan Jurang Perlindungan Insurans

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) meminta kerajaan supaya menyediakan pelepasan cukai bagi perlindungan kritikal seperti insurans gangguan perniagaan bagi meningkatkan tahap kemampuan dan akses kepada perlindungan insurans.

BMCC Iktiraf Kejayaan 23 Nama Pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan 2026

SUBANG JAYA, 1 Okt (Bernama) -- Dewan Perniagaan British Malaysia (BMCC) hari ini telah mengiktiraf kejayaan 23 nama pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan (BEA) BMCC ke-7 berikutan prestasi, inovasi dan impak yang mereka sumbang terhadap landskap perniagaan antara United Kingdom (UK) serta Malaysia.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis dalam keadaan tekanan jualan yang berterusan, sejajar dengan prestasi Wall Street semalaman yang bercampur-campur dan berhati-hati.

KWSP Gesa Pembaharuan Dalam Sistem Pencen Untuk Pastikan Pendapatan Persaraan Sepanjang Hayat

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Sistem pencen di Malaysia perlu berkembang seiring dengan peningkatan jangka hayat dan perubahan corak pekerjaan; pembaharuan diperlukan bagi memperkukuh liputan, kecukupan, ekuiti dan kelestarian pendapatan persaraan untuk tempoh hayat yang lebih panjang.

Malaysia, Singapura Boleh Bekerjasama Tingkatkan Perdagangan Intra-ASEAN - Johari

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Singapura boleh bekerjasama untuk meningkatkan kesalinghubungan perniagaan dalam ASEAN dan memacu perdagangan intra-ASEAN dengan memanfaatkan kekuatan kedua-dua negara dalam rantaian bekalan, ekonomi digital serta industri utama.

Petronas Umum Penutupan Sementara Saluran Paip Eksport Songkhla

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah mengumumkan penutupan sementara Saluran Paip Eksport Songkhla di Thailand berikutan isu yang dikenal pasti semasa pemeriksaan rutin.

Apam Balik Jalan Mawai Terus Jadi Buruan Pelanggan Dari Segenap Daerah

KOTA TINGGI, 1 Okt (Bernama) -- Berkat mempertahankan resipi keluarga sejak 19 tahun lepas, apam balik Jalan Mawai di sini terus menjadi buruan pelanggan dari serata daerah, malah perisa asli masih menjadi pilihan utama pelanggan kerana kesegaran bahan yang digunakan.

Utamakan Keterjaminan Makanan Marin, Pencegahan Pencemaran Dalam Bajet 2027 - Pakar

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia digesa mengiktiraf keterjaminan makanan marin dan pencegahan pencemarannya sebagai isu daya tahan nasional dan keutamaan ekonomi menerusi Belanjawan 2027.