3hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan meningkatkan jumlah keseluruhan kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kepada RM57 bilion pada 2027 berbanding RM50 bilion sebelum ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) menyediakan pelaburan berjumlah RM450 juta bagi menyokong pembangunan syarikat pemula niaga, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia melaksanakan 13 inisiatif sepanjang lapan bulan pertama 2026, bagi meningkatkan tahap mudah tunai dan kecekapan pasaran modal Malaysia, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kelewatan pelaksanaan antara pelaburan yang diluluskan dengan pelaksanaan fizikal projek menimbulkan risiko struktur terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Kementerian Kewangan (MoF).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 4.2 peratus dan 5.2 peratus pada 2027 berbanding 4.8 peratus hingga 5.3 peratus tahun ini, disokong oleh permintaan domestik yang mampan, keadaan pasaran buruh yang menggalakkan, pertumbuhan pendapatan yang berterusan dan aktiviti pelaburan yang kukuh, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan menganggarkan Belanjawan 2027 pada RM459.8 bilion, meningkat 3.6 peratus daripada peruntukan tahun 2026 yang disemak semula dan bersamaan dengan 19.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menurut Kementerian Kewangan (MoF).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 4.2 peratus dan 5.2 peratus pada 2027 berbanding 4.8 peratus hingga 5.3 peratus tahun ini, disokong oleh permintaan domestik yang mampan, keadaan pasaran buruh yang menggalakkan, pertumbuhan pendapatan yang berterusan dan aktiviti pelaburan yang kukuh, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Al-‘Aqar Healthcare REIT (Al-`Aqar REIT) telah mengemukakan program sukuk dengan nilai had gabungan nominal sehingga RM3 bilion kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berjaya memulangkan RM1.98 juta kepada 239 pelabur sepanjang 2025 menerusi tindakan penguatkuasaan terhadap pelanggaran undang-undang pasaran modal.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pasaran saham Malaysia kekal stabil ketika ini, disokong oleh dasar kerajaan yang telus serta polisi yang kondusif bagi menggalakkan kemasukan dana asing, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Jumlah pinjaman FELDA yang masih dijamin kerajaan berjumlah RM5.88 bilion setakat 30 September 2026, selepas mengambil kira bayaran prinsipal sebanyak RM3.04 bilion, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
5hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) meluluskan cadangan pecahan saham PJBumi Bhd (PJBumi), yang dijangka meningkatkan mudah tunai dagangan dan menarik pangkalan pelabur yang lebih meluas dengan menurunkan harga dagangan.