BERITA TERKINI   Jerebu: Agong perkenan penamatan darurat di Serian hari ini -- PMO | Kerjasama NADI, PKD utamakan sinergi, penyampaian perkhidmatan kepada rakyat -- Fahmi | Bomba kelantan sedia gerak pasukan STORM bantu SAR enam pendaki hilang di Gunung Trans Gerah, Gua Musang - Pengarah | Dua kanak-kanak antara enam individu dikhuatiri hilang dalam pendakian merentas Gunung Trans Gerah, Gua Musang - Bomba Kelantan | 

Terdapat 32 berita berdasarkan kata kunci carian " pasaran tenaga"

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Susulan Kenaikan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan prestasi ringgit yang menyusut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

MTEN Laksana 120 Keputusan Tangani Impak Krisis Bekalan Global – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Sebanyak 120 keputusan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah dan sedang dilaksanakan bagi menangani impak krisis bekalan global, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasrullah Mohd Nasir.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Menurun Minggu Depan

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan dengan kecenderungan menurun minggu depan, terkesan oleh harga minyak mentah lebih rendah dan stok minyak sawit yang banyak.

Penurunan Harga Minyak Redakan Kebimbangan Inflasi Malaysia Dan Ekonomi Global

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Penurunan harga minyak mentah dijangka mengurangkan tekanan inflasi di Malaysia dan peringkat global, meredakan kebimbangan bahawa bank pusat mungkin perlu mengekalkan kadar faedah pada paras tinggi untuk tempoh yang lebih lama, kata ahli ekonomi.

Lonjakan Permintaan AI Pacu Eksport Teknologi Asia, Pertumbuhan Malaysia -- S&P Global

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Permintaan mendadak berkaitan kecerdasan buatan (AI) terbukti mendorong ledakan eksport teknologi, sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi termasuk Malaysia, menurut S&P Global Ratings.

Minyak Dijangka Diniagakan Antara US$65 Hingga US$80 Setong Bagi Tempoh 6-12 Bulan

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Harga minyak dijangka bergerak dalam lingkungan US$65 hingga US$80 setong bagi tempoh enam hingga 12 bulan akan datang susulan ketidaktentuan berterusan berhubung rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata seorang penganalisis veteran pasaran minyak.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Ketegangan Di Asia Barat

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri minggu dagangan dengan ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh kebimbangan bekalan dan ketegangan yang kembali memuncak di Asia Barat, kata seorang peniaga.

Malaysia Harungi 100 Hari Krisis Global, Bekalan Kekal Stabil

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 14 Jun (Bernama) -- Malaysia kekal dalam kedudukan yang relatifnya kukuh dengan jumlah bekalan bahan api, makanan serta ubat-ubatan penting masih mencukupi susulan pelaksanaan langkah intervensi awal dan pengurusan krisis yang diselaraskan, kata Penasihat Ekonomi Perdana Menteri Nurhisham Hussein.