BERITA TERKINI   ACL2: Gangwon FC 1-0 Kuching City FC | 

Terdapat 29 berita berdasarkan kata kunci carian "inisiatif"

RAC Rangka Pelan 10 Tahun Pacu Perkhidmatan Kereta Api, Penggunaan Awam

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Pihak Perbadanan Aset Keretapi (RAC) membangunkan pelan strategik 10 tahun bagi meningkatkan kekerapan serta kebolehpercayaan perkhidmatan kereta api dalam usaha menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia beralih daripada kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam.

PM Anwar Kotakan Janji Percepat Projek Mitigasi Banjir, Bantu Mangsa Yang Lama Menderita

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) – Mengotakan janji Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih tiga tahun lepas, kerajaan telah mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi meringankan beban serta kesukaran kewangan yang dialami oleh mangsa akibat bencana alam tersebut yang berlaku hampir setiap musim.

Kadar Caruman KWSP Majikan Dua Peratus Bagi Pekerja Asing Relatif Rendah - MoF

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak dua peratus bagi syer majikan untuk pekerja bukan warganegara yang bekerja di Malaysia merupakan kadar yang relatif rendah, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

KUSKOP Perkukuh Kawal Selia e-Dagang Asing, Lindungi Kepentingan PMKS Tempatan

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sedang menyelaraskan usaha bagi memastikan persaingan yang adil melalui pengukuhan kawal selia platform e-dagang asing serta memperkukuh daya saing perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Penamatan Operasi Loji Arang Batu TNB Bergantung Pada Keupayaan Tangani Trilema Tenaga

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Keputusan untuk menamatkan operasi loji janakuasa arang batu milik Tenaga Nasional Bhd (TNB) bergantung kepada keupayaan Malaysia menangani trilema tenaga, menurut CIMB Investment Bank Bhd (CIMB IB) hari ini.