BERITA TERKINI   Semua institusi pendidikan di Johor kembali beroperasi Isnin ini susulan trend penurunan bacaan IPU sejak lima hari lepas – Exco | Kenaikan harga petrol dunia: kerajaan sedia tanggung subsidi hingga RM45 bilion setahun, elak rakyat terbeban - PM Anwar | KDN serah urusan berkaitan kedudukan Ketua Pengarah AKPS kepada KSU KDN dan KSN – Saifuddin Nasution | JPN keluarkan 275,785 MyKad generasi baharu setakat 20 Okt , Johor tertinggi sebanyak 31,392 kad - Saifuddin Nasution | Generasi tahfiz perlu kuasai, cipta teknologi masa depan - TPM Ahmad Zahid | 

Terdapat 953 berita berdasarkan kata kunci carian "sara"

Johor Port Teroka Koridor Perdagangan Belawan-Johor Untuk Pertingkat Hubungan Malaysia Dan Indonesia

PASIR GUDANG, 7 Okt (Bernama) -- Johor Port Bhd (Johor Port), ahli kumpulan MMC, sedang giat meneroka peluang bersama PT Pelabuhan Indonesia (Persero) Regional 1 Belawan untuk mewujudkan koridor perdagangan maritim lebih kukuh, menghubungkan Belawan di Sumatera Utara dengan Johor.

Kutipan Cukai Negara Meningkat Kepada RM129.6 Bilion Pada Separuh Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kutipan hasil cukai negara meningkat sembilan peratus kepada RM129.6 bilion pada separuh pertama 2026 berbanding RM119.1 bilion dalam tempoh sama pada tahun lepas.

Bursa Malaysia Rendah Selepas Dibuka Tinggi Didorong Tekanan Jualan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum menurun kemudiannya, didorong oleh aktiviti jualan di kaunter saham wajaran tinggi terpilih, diterajui sektor perkhidmatan kewangan serta produk dan perkhidmatan perindustrian.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Rabu, dengan mata wang tempatan masih diniagakan dalam jajaran kecil didorong oleh petunjuk bercampur-campur daripada pasaran global.

IILM Terima Permintaan Tinggi Bagi Terbitan Semula Sukuk Jangka Pendek US$1.31 Bilion

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa (IILM) mengumpul sebanyak US$1.31 bilion melalui terbitan semula sukuk jangka pendek, dengan menerima tempahan berjumlah kira-kira US$2.33 bilion dalam keadaan pasaran bon global yang tidak menentu.

Negeri Sembilan Catat RM41.5 Bilion Pelaburan Diluluskan Sejak 2023

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Sebanyak RM41.5 bilion pelaburan telah diluluskan untuk Negeri Sembilan bagi tempoh 2023 hingga Jun 2026 di bawah seliaan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), dengan potensi mewujudkan 14,953 peluang pekerjaan.

Sebanyak 21,391 Bakat Semikonduktor Dilatih Sehingga Jun Selaras Pelaksanaan NSS

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Seramai 21,391 bakat telah dilatih dalam bidang semikonduktor sehingga Jun 2026 melalui pelbagai program pembangunan bakat yang dilaksanakan oleh institusi pendidikan tinggi dan penyedia latihan teknikal, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Top Glove Sasar Kapasiti Pengeluaran 78 Bilion Keping Menjelang Akhir Tahun Kewangan 2027

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Top Glove menyasarkan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran operasinya kepada 78 bilion keping sarung tangan setahun menjelang akhir tahun kewangan 2027, tertakluk kepada keperluan operasi dan ketersediaan sumber.

NFLS 2026 Beri Tumpuan Kepada Kesejahteraan Kewangan, Realiti Dihadapi Kumpulan Rentan

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Simposium Literasi Kewangan Kebangsaan 2026 (NFLS 2026) berusaha memperkukuh kesejahteraan kewangan orang ramai menerusi pendidikan kewangan bersasar yang disesuaikan dengan keperluan kumpulan tertentu.

KPK Gesa Percepat Penggunaan Teknologi Industri Sawit

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menggesa penggiat industri sawit mempercepat penggunaan teknologi bagi meningkatkan produktiviti, kecekapan operasi dan penghasilan produk bernilai tinggi.

Digital Perak, SCDB Meterai MoU Bina Ekosistem STEM AI Bernilai RM7.5 Juta

IPOH, 6 Okt (Bernama) -- Digital Perak Corporation Holdings (Digital Perak) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Spark Capital Development Berhad (SCDB) bagi membangunkan ekosistem Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Kecerdasan Buatan (AI) yang menyeluruh di Perak.

Tahap Kesejahteraan Kewangan Rakan Penghantar Naik 34.4 Peratus Menerusi Program GoGiggers

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Tahap kesejahteraan kewangan peserta program celik kewangan GoGiggers mencatat peningkatan 34.4 peratus, dengan 74 peratus daripada mereka mula membuat simpanan kecemasan ketika pelaksanaan awal program itu di Semenanjung Malaysia.