1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Tinjauan operasi dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kekal berdaya tahan dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang, walaupun bacaan Indeks Sentimen PKS (SSI) yang lebih lemah pada separuh pertama 2026 (S1 2026).
1bulan ago
KUALA LUMPUR,16 Jun (Bernama) -- Affin Hwang Investment Bank Bhd menjangkakan pasaran ekuiti Malaysia akan pulih pada separuh kedua 2026, dipacu oleh harapan terhadap perjanjian damai Amerika Syarikat (AS)-Iran.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Affin Hwang Investment Bank Bhd hari ini melancarkan Pelaburan Berkaitan Ekuiti (ELI) bagi menyediakan pendedahan tersuai kepada pelabur terhadap pelbagai aset asas sambil menyokong objektif pasaran dan kepelbagaian pulangan risiko di tengah-tengah ketidaktentuan global yang berterusan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih tinggi, menjejaki lonjakan kukuh Wall Street semalaman.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Pengeluar komponen elektronik MCE Holdings Bhd dijangka meraih manfaat daripada pembangunan model kenderaan elektrik (EV) pertama Perodua, QV-E, susulan syarikat itu membekalkan sistem infotainmen serta komponen elektronik lain, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Selasa berikutan aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan pasaran pada sesi sebelumnya, sekali gus memberi tekanan kepada indeks penanda aras.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS susulan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) akan mengekalkan kadar faedah dalam persekitaran kebimbangan inflasi yang semakin reda serta penurunan hasil Perbendaharaan AS.
1bulan ago
PETALING JAYA, 15 Jun (Bernama) -- Timor-Leste mempelawa pelabur Malaysia untuk meneroka peluang pelaburan dan mendapatkan kontrak projek ketika negara memulakan pembangunan infrastruktur secara besar-besaran, kata Presiden José Ramos-Horta.
1bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika sentimen terhadap risiko kembali pulih susulan laporan mengenai kemungkinan AS dan Iran memeterai perjanjian damai pada Jumaat ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin, seiring dengan prestasi ekuiti serantau apabila sentimen risiko geopolitik bertambah baik susulan perjanjian sementara antara Amerika Syarikat dan Iran untuk membuka semula Selat Hormuz, kata penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Pelanggan semua bank di Malaysia boleh mengeluarkan wang tunai di mana-mana mesin teler automatik (ATM) atau mesin kitar semula pintar (SRM) bank tanpa membayar yuran RM1 bermula 1 Julai 2026.