BERITA TERKINI   Inisiatif Teksi MADANI mampu lonjak pendapatan bersih pemandu sehingga RM7,000 sebulan - PM Anwar | PM Anwar lulus peruntukan tambahan RM10 juta bagi geran padanan penggantian teksi lama | PRN Johor: Secara keseluruhan Manifesto PH ‘Johor Untuk Semua’ tawar 10 teras utama - Maszlee Malik | PRN Johor: PH tawar Skim Kesihatan Johor sehingga RM100,000 setahun, manfaat 500,000 rakyat - Calon PH DUN Larkin Suhaizan | PRN Johor : Manifesto PH sasar 250,000 pekerja bergaji tinggi - Calon DUN Stulang Andrew Chen | 

Terdapat 463 berita berdasarkan kata kunci carian "as"

Pasaran Getah Kukuh Didorong Kenaikan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Isnin, didorong oleh kenaikan pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan kebimbangan terhadap bekalan getah asli yang ketat, kata seorang peniaga.

MRMA Lantik Derek Teh Sebagai Pengerusi

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Persatuan Pengurus Pelaburan Hartanah (REIT) Malaysia (MRMA) melantik Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Sunway REIT Management Sdn Bhd Derek Teh Wan Wei sebagai pengerusi persatuan itu pada mesyuarat agung tahunan (AGM) baru-baru ini.

Kedudukan Kewangan Selangor Masih Sihat, Tidak Perlu Langkah Kecemasan -- Amirudin

SHAH ALAM, 15 Jun (Bernama) -- Kedudukan kewangan Selangor masih pada tahap sihat walaupun berdepan ketidaktentuan ekonomi global susulan krisis bekalan global serta turun naik pasaran dunia.

Pentech Sasar Sumbangan Hasil Berulang 40 Peratus Dalam Tempoh Tiga Tahun

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang berpangkalan di Pulau Pinang, Pentech Holdings Bhd menyasarkan hasil berulang menyumbang 40 peratus daripada jumlah pendapatannya manakala 60 peratus lagi daripada segmen tidak berulang dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Bioeconomy Corp, K-Eco Korea Selatan Meterai MoU Bagi Perkukuh Biotenaga Lestari

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corp) dan Korea Environment Corporation (K-Eco) Korea Selatan memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama dalam pembangunan biogas dan inisiatif berkaitan keneutralan karbon.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dalam wilayah positif, seiring kenaikan pasaran serantau Asia dan menjejaki prestasi kukuh Wall Street semalaman.

Pulau Pinang Capai 81 Peratus Ke Arah Sasaran Penyertaan Wanita Dalam Keusahawanan

GEORGE TOWN, 15 Jun (Bernama) -- Pulau Pinang telah mencapai kemajuan sebanyak 81 peratus ke arah sasarannya untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan di bawah visi Penang2030, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Sidec Lancar Program Pemecut Triple Selangor 2026

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) telah melancarkan Program Pemecut Triple (Tiga) Selangor 2026 menerusi pengenalan segmen Token-X baharu untuk untuk syarikat pemula niaga aset digital, rantaian blok dan Web3.

CIDB Lantik Ahmad Farrin Sebagai Ketua Eksekutif Baharu

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melantik Ahmad Farrin Mokhtar sebagai Ketua Eksekutif yang baharu berkuat kuasa 8 Jun, menggantikan Zainora Zainal yang bersara pada 15 Januari lepas.

Ringgit Dibuka Tinggi Disokong Sentimen Pasaran Lebih Baik

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum peningkatan dengan dibuka tinggi pada Isnin berbanding dolar AS dan mata wang utama lain, disokong oleh sentimen risiko yang lebih baik berikutan petunjuk ketegangan geopolitik yang mereda.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street berikutan pelabur kembali memberi tumpuan kepada saham teknologi, yang terus mendapat manfaat daripada kitaran pertumbuhan kecerdasan buatan (AI) yang pesat.

Di Sebalik Legasi Karamjit Singh, Masa Depan Sukan Rali Malaysia

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Lebih dua dekad selepas bergelar pemandu Asia pertama merangkul juara Kejohanan Rali Dunia FIA (PWRC), legenda rali negara Karamjit Singh masih gigih meneruskan minatnya sebagai pelumba.